Pages

Sunday, June 27, 2010

LADAP - BAHASA MALAYSIA MERENTASI KURIKULUM .( 2 )

26 JUN 2010...
Semua guru diwajibkan menghadiri LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN atau LADAP yang diadakan di bilik gerakan SMK. Raja Chulan, Ipoh.
Ladap kali ini disampaikan oleh MUSHYI III , En MUZAFFAR SHAH BIN RAJEMAN.
Kali ini guru-guru didedahkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia yang betul, samaada dari segi ejaan mahupun tatabahasa.


Antara guru-guru yang hadir.




Penyampaian yang menarik dan begitu berguna membuat guru-guru semua memberi tumpuan kepada apa yang disampaikan.


Terima Kasih daun keladi..Semoga boleh datang lagi mengajar kami...

LADAP - AKHBAR DALAM BILIK DARJAH..( 1 )

20 JUNE 2010... Satu bengkel : Akhbar Dalam Bilik Darjah di adakan dan disampaikan oleh Puan Rosmawar , Guru Kanan Bahasa. Beliau dibantu oleh Puan Mehrul yang sama-sama mengikuti kursus ini.
Guru-guru dipecahkan di dalam kumpulan-kumpulan kecil dan pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan surat khabar untuk dijadikan rujukan.

Setiap kumpulan berkerjasama dan saling membantu menyelesaikan masalah dalam aktiviti yang diberikan.


Berpandukan surat khabar yang diberikan, jawapan-jawapan dicari, mengikut soalan-soalan yang diberikan.



Kumpulan yang paling pantas sekali mendapat jawapan untuk aktiviti pertama...




Kumpulan yang sentiasa tak mahu kalah.....






Kumpulan yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjawap dan mengambil bahagian.
Syabas untuk semua guru.... Ladap yang sungguh berkesan..!!!!






Hadiah tokoh nilam.

Pada 24hb Jun 2010, saya telah membawa pelajar ini untuk mengambil sijil penyertaannya dalam pertandingan Tokoh Nilam peringkat PKG Seri Ampang. Pertandingan tersebut telah diadakan pada bulan Mei yang lepas.
Tanpa disangka, peserta kita ini, Kamanorain dari kelas 4Sains Agama telah berjaya mendapat tempat kedua, mengalah 8 sekolah yang lain. Kita memenangi bagi kategori sekolah dalam bandar.
TAHNIAH UNTUK KAMANORAIN......!!!!!!

Monday, June 14, 2010

Petua Untuk berjaya...

Untuk berjaya kita perlukan 3 perkara....

1. Ilmu

Untuk berjaya dalam bidang apa pun anda perlu ada ilmu. Contohnya untuk berjaya menjadi seorang tukang masak, anda perlukan ilmu sebagai tukang masak. ..begitu juga kalau anda hendak berjaya dalam peperiksaan anda perlu mendalami ilmu yang anda pelajari contohnya matematik...

2. Guru atau mentor.

Untuk berjaya juga anda perlu seorang guru atau mentor. Contohnya untuk mendalami ilmu internet... carilah guru yang pakar tentang ICT. Untuk jadi pelukis, carilah guru yang mahir tentang senilukis.

3. Sistem.

Petua ketiga untuk berjaya adalah perlu anda melakukannya dengan sistem yang betul... Untuk menjadi pelajar yang berjaya.. anda perlu sistem belajar yang betul dan terancang...
Untuk mengetahui sistem yang betul untuk anda ikuti....anda perlulah mengikut cara mentor atau guru-guru anda...kerana merekalah contoh terbaik untuk anda ikuti...

Saturday, June 5, 2010

Selamat berpisah.....

4hb June 2010... Satu majlis ringkas diadakan di perhimpunan pagi kerana meraikan seorang guru yang akan berpindah sekolah. Guru yang dimaksudkan ialah Ustazah Nazihah yang kita sayangi... semoga beliau gembira di tempat bertugas yang baru....

Kami warga SMKRC akan rasa kehilangan dan merindui Ustazah....

Friday, June 4, 2010

SELAMAT BERCUTI..

CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA...
DARI 5 JUN 2010 ..

SELAMAT BERCUTI...
JANGAN LUPA KERJA-KERJA RUMAH YANG DIBERIKAN...