Wednesday, December 21, 2011

Saat yang melegakan..

Salam berehat & bercuti kepada semua calon-calon SPM & STPM setelah tamat peperiksaan.. banyak-banyak berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang.
YAKIN BOLEH !

Keputusan PMR 2011.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba...
TAHNIAH diucapkan kepada semua warga SRC kerana sekolah kita telah mendapat lompatan saujana yang begitu luar biasa dalam PMR bagi tahun 2011, dan juga kepada 18 calon yang mendapat 'Straight As'. Kepada calon yang mendapat keputusan gred yang sederhana mahupun tidak 'straight' seperti yang disangka, janganlah bersedih. Teruskan maju dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kecemerlangan yang riang. Mudah-mudahan akan dapat mencapai keputusan yang membanggakan dalam SPM pada tahun akan datang. Segala-galanya di tangan anda dan andalah yang menentunya..
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar Tingkatan 3!

Monday, October 3, 2011

PMR 2011.

Peperiksaan Percubaan SPM & STPM telah pun habis...
berehatlah pula calon-calonnya.
Mengambil masa untuk mengulangkaji dan
bersedia 100% untuk
peperiksaan yang sebenar SPM & STPM.

Bagi bulan Oktober ini pula,
Selamat menjawab peperiksaan Menengah Rendah kepada
semua calon-calon Tingkatan 3.

Selamat Maju Jaya!

Tuesday, September 6, 2011

Peperiksaan Percubaan SPM & STPM ..

 ..bagi tahun 2011.

Cuti Raya telahpun berakhir... maka bermulalah peperangan kita sebagai calon-calon SPM & STPM.
Berusahalah bersungguh-sungguh dan hadapilah dengan elok-elok.
Selamat menjawab &.. 
Semoga berjaya!

SUKSES! SUKSES!

Monday, August 15, 2011

1 Malaysia; Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Hari ini sekolah kita telah mengadakan majlis rasmi bagi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54. Majlis dimulakan dengan persembahan dari kelas 1KAA yang mengisahkan 4 gadis sedang bermimpi tentang pejuang-pejuang berusaha untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajahan warga asing, maka bermulalah pengisytiharaan kemerdekaan di tanah air kita. Sempena bulan patriotik ini, sekolah kita akan mengadakan pelbagai aktiviti dan program bagi pelajar-pelajar SMKRC. Ayuhlah kita bersemangat untuk berjuang demi mencapai kejayaan! MERDEKA!

Friday, August 12, 2011

Bacaan Yassin dan solat hajat.

Hari ini di waktu pagi yang indah, sekolah kita telah mengadakan bacaan Yassin dan solat sunat hajat sempena menempuh peperiksaan percubaan SPM dan STPM di dewan Aspura.
Mudah-mudahan segala doa yang dihajatkan akan termakbul.. kepada calon-calon SPM dan STPM, berusahalah demi masa depan dan belajarlah bersungguh-sungguh tanpa berputus asa..

Wednesday, August 10, 2011

Berakhirnya sudah PMR trial.

Syukur diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan percubaan PMR. Mudah-mudahan mereka akan mendapat keputusan yang baik lagi mantap.

Tanamlah dalam hati,
USAHA TANGGA KEJAYAAN!

Tuesday, August 9, 2011

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak...

... kepada semua warga SMKRC!

Semoga sihat tubuh badan dan puasa penuh selalu..
jangan ponteng, ya! Kalau ponteng, dosa..
nanti kena ganti pula..
Cubalah untuk berpuasa penuh, insyaAllah kita akan
mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah s.w.t..
Penuhkanlah bulan puasa ini dengan banyak beribadat
dan bersedekah kepada yang memerlukan..
Di bulan puasa ini juga, janganlah lupa untuk bersembahyang tarawikh
selepas berbuka puasa dan tingkatkan keimanan anda serta
berbuat baik sesama manusia. Ingatlah Allah selalu...

Sekali lagi,

ahlan wa sahlan ya Ramadhan :)

Tuesday, July 26, 2011

Musim Pecutan ..

bagi calon-calon PMR, SPM dan STPM.
Anda tinggal beberapa meter lagi untuk berlari pecut, oleh itu..
belajar bersungguh-sungguh!

USAHA TANGGA KEJAYAAN!

Tuesday, July 19, 2011

Minggu Bahasa.


Pada bulan Julai ini, selepas sahaja selesai Ujian Bulanan, pelajar-pelajar sudahpun mendapat keputusan masing-masing. Hari isnin yang lalu, satu majlis rasmi telah diadakan untuk melancarkan bulan bahasa yang menggabungkan kerjasama dari panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina, dan Bahasa Jepun. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah diadakan pada waktu perhimpunan dan juga di sudut bacaan yang berdekatan dengan kantin. Pelajar-pelajar akan dapat mencungkil bakat untuk mempertingkatkan diri dan menguasai rasa takut mahupun malu di hadapan orang ramai.



22hb Julai 2011,
kelas 5T telah mengadakan persembahan drama daripada English Literature Text Book Form 4 yang bertajuk Gulp & Gasp. Melodrama ini mengisahkan tentang seorang penjahat dan kedekut yang bernama Lord Septic, dia tergila-gilakan kuasa dan kekayaan. Crouch, hamba kepada Lord Septic, seorang yang pembuli besar. Rose pula seorang gadis buta yang kesusahan bertemu dengan seorang hero, Percy. Mereka dilamun cinta dan Percy menyelamatkan Rose dari kematian berdarah di landasan keretapi. Kemudian, Percy dapat tahu bahawa dia adalah waris kepada Gatsby Gold dan dikenali sebagai Sir Percy. Akhirnya, Lord Septic kehilangan segala-galanya...

Saat cinta pandangan pertama Percy dengan Rose.

Luahan isi hati cinta Percy terhadap Rose.

Persembahan lagu 'Just the way you are'..

Tahniah diucapkan kepada kelas 5T yang membuat persembahan yang sungguh unik
& BEST!

Temasya Sukan Tahunan kali ke-47.



Gambar-gambar (coming soon)

Thursday, July 7, 2011

Raptai Perbarisan Kontinjen-kontinjen Sekolah.

Pada 6/7/11 dan 7/7/11, sekolah kita telah mengadakan raptai perbarisan bagi kontinjen-kontinjen kawad kaki di padang SMKRC. Semua warga SMKRC sedang bertungkus-lumus untuk menyempurnakan visi dan misi mereka agar Temasya Sukan Tahunan 2011 akan lebih meriah.























Thursday, June 30, 2011

Welcome to the new month of July.

Sekarang sudah pun masuk bulan Julai, 
Ujian Bulanan Julai pun bakal tiba.
Semoga berusaha & selamat menjawab
kepada warga SMKRC!

Tuesday, May 31, 2011

Tugas pada cuti sekolah

Pada 30/5, 31/5, & 1/6 ini, pusat sumber sekolah mengadakan aktiviti-aktiviti orientasi untuk pengawas-pengawas pusat sumber yang baru dilantik bagi Tingkatan 1 & 2.
Semua exco yang terlibat memberi tunjuk ajar kepada pengawas-pengawas baru tersebut.








Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru...

Sambutan Hari Guru kali ini boleh laa dikatakan sederhana tapi meriah....untuk membaca entry mengenai sambutan Hari Guru... sila baca di sini