Pages

Thursday, April 28, 2011

LADAP - PELAN STRATEGI

 23HB April 2011, Latihan dalam Perkhidmatan atau LADAP diadakan di bilik Gerakan sekolah. Penceramah yang menyampaikan slot LADAP  untuk kali ini adalah Puan Pengetua sendiri..
 Puan Pengetua, Puan Hajah Saadiah bt Alang Abdullah.
 Guru-guru yang hadir .
 Guru-guru lelaki..khusyuk dengan penerangan yang diberikan.
En Soleh.. warga guru paling baru... turut memberi respond apabila diminta

Program " LET'S READ TOGETHER"

 23HB April 2011, satu program "LET"S READ TOGETHER"..anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam, Jalan Raja Dhilir,..diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
 5 orang pelajar SMKRC turut sama menyertai untuk menjayakan  program tersebut.
 Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan. Antaranya membaca buku beramai-ramai dan memberi ulasan buku yang dibaca.
 Program membaca beramai-ramai.
 Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam, turut sama menjayakan program yang diadakan setiap tahun.
Setiap peserta dihadiahkan sebuah buku untuk dibaca.

Promosi buku Pusat Sumber.

Tahniah kepada pengawas-pengawas Pusat Sumber sekolah yang berjaya mempromosi buku-buku setiap pagi Isnin, di perhimpunan rasmi.

Saturday, April 23, 2011

Salam Perpisahan....Untuk Puan Hajah NorAzlah

Puan Hajah Norazlah bt Hamzah....akan memulakan tugas di sekolah baru iaitu SMK Convent, Jalan Sultan Idris Shah. Ipoh mulai 16 hb April 2011. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini  hampir 24 tahun iaitu semenjak tahun 1986. Beliau adalah antara guru yang paling lama berkhidmat di sini.
Kepada Puan Hajah Norazlah...semoga gembira di tempat baru.

Tuesday, April 12, 2011

Pelancaran Minggu Sains dan Matematik. 11 April 2011

 Isnin 11. April 2011 satu majlis pelancaran sempena Minggu Sains dan Matematik diadakan diperhimpunan rasmi. Majlis pelancaran yang diterajui oleh jabatan Sains dan Matematik serta Kelab Sains dan Matematik yang dipimpin oleh Ketua Bidang.. Puan Mariam






Cheow Yeong Yow selaku pengerusi kelab Sains dan Matematik memberikan ucapan sempena program yang dijalankan.

Ucapan yang disampaikan oleh Puan Mariam Guru Kanan Sains, selaku pembimbing dan peneraju program Minggu Sains dan Matematik.
Ucapan perasmian oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Saadiah bt Alang Abdullah

Gimik perasmian yang menarik perhatian semua penonton

Puan Pengetua diiringi Puan Mariam dan Saudara Yeong Yow




Dengan belon pelbagai ujikaji boleh dilaksanakan....aktiviti yang menarik...

Ledakan 'gunung berapi'


Memasukkan telur ke dalam bikar....



Pelancaran roket ke udara...... semua mata tertumpu ke udara....

Persatuan Sains dan Matematik bersama guru-guru dan Ketua Bidang Sains yang sama-sama menjayakan pelancaran minggu sains dan matematik.


Gambar-gambar : Sumber dari Dillon Chong.