Pages

Wednesday, November 24, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB SRC

Peperiksaan Akhir.Tahun 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010
BERMULA DARI 18 OKTOBER 2010
SEHINGGA 1 NOVEMBER 2010



GOOD LUCK SEMUA ....!!!!

Tuesday, November 23, 2010

Penghayatan Puisi dan Seni budaya - Pasca PMR

Pada tahun ini, sekolah dianggap bertuah kerana didatangi oleh beberapa orang bekas pengetua dan guru yang begitu berkeliber...demi untuk menjayakan satu program di dalam PASCA PMR iaitu..Program Penghayatan Puisi dan Seni Budaya......
Antara yang menjayakan program ini ialah Tn Hj Abdul Malek bin Zainal Abidin, mantan Penyelia Petang di SMK, Kg Pasir Putih, juga seorang tokoh guru PSV di Perak. Tuan Haji Zakaria bin Perngis, Mantan Pengetua di SMK Wira Jaya, juga guru Super dan bekas guru di sekolah ini. Tn Haji Hurairee bin Rahim..pengetua bersara, Tn Hj Zainal Abidin bin Yang dan Tn Hj Yusof Najmi bin Osman, seorang tokoh budaya di negeri Perak.
Setelah dua hari menurunkan ilmu dan pengalaman kepada anak didik, pihak sekolah dikejutkan dengan kehadiran Tn Hj Dato Hamdi bin Abu Bakar, Ketua penerangan Kerajaan Negeri Perak yang sudi hadir merasmikan majlis penutupan dan memenuhi slot program "Berbicara Seorang Bapa"...

Pujian dapat juga diberikan...kepada pasukan kompang sekolah yang dapat menyambut kehadirian tetamu terhormat walaupun tanpa persediaan...


Barisan guru-guru yang turut serta menyambut kehadiran tetamu terhormat
Walaupun tanpa persediaan rapi pelajar ini berjaya menjadi pengerusi majlis...syabas..!!!
Yang Berhormat menurunkan tandatangan di buku pelawat sekolah.

Persembahan pelajar....walaupun hanya sehari berlatih, pelajar-pelajar ini berjaya memberi persembahan mereka yang terbaik.







Tn Hj Hurairee memberikan sepatah dua kata...dan terus mendeklemasikan sebuah sajak 'Lalang'...



Tn Hj Malek...menghuraikan mengenai 'Lalang' dalam bentuk penghibur lara...

Tn Hj Ahmad Zainuddin memberikan sepatah dua kata, alu-aluan.Pelajar-pelajar Pasca PMR memenuhi ruang dewan..

Yang Berhormat, Tn Hj Dato' Hamdi atau lebih dikenali dengan gelaran ' Pak Ngah" memberi ucapan dan nasihat kepada para pelajar. Seterusnya merasmikan majlis penutupan dengan memukul gong...

Penyampaian cenderahati.



Majlis berakhir dengan bergambar beramai-ramai dengan fasilitator dan tetamu terhormat serta guru-guru yang hadir.
MAAF KERANA TIDAK MENGEMASKINI
BLOG INI UNTUK SEKIAN WAKTU.