Friday, July 23, 2010

Minggu Bahasa dan Membaca...

Isnin 19hb Julai 2010.

Satu majlis rasmi diadakan untuk melancarkan bulan membaca dan Bulan bahasa..Yang menggabungkan kerjasama dari panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan Pusat Sumber sekolah.
Majlis dihadiri oleh barisan pentadbir-pentadbir sekolah terdiri dari puan pengetua, Pn Hajah Saadiah, PK I- Pn. Hajah Robitah, PK Hem En Samsuddin, PK KoKo Pn Hjh Banilawazi, PK Tingkatan 6 - Pn Zuraini Che Embi , dan PK KOko ting 6. En Aziz Sulaimain. Turut hadir ialah Pengetua dari SMK Rancangan Felda Lasah.. Tn Hj Adnan bin Rejab yang membuat latihan pengetuaan di bawah bimbingan Pn Pengetua kita.
Encik Aziz menyampaikan sepatah dua kata memulakan majlis.
Pelajar-pelajar duduk mendengar ucapan.
Puan Pengetua menyampaikan kata-kata azimat beliau...
seterusnya merasmikan majlis.
Barisan pentadbir yang memberi sokongan dan nasihat.
Pesembahan koir dari pelajar rancangan khas.
Membaca...bercerita....dan mengulas buku. Pelajar tingkatan 6 rendah..

Tuesday, July 20, 2010

Ladap 5


Sabtu : 17hb Julai 2010.

Ladap kali ke 5 di adakan di padang sekolah SMK. Raja Chulan.
Berbeza dari kebiasaan ladap-ladap yang lain , kali ini guru di bawa ke padang untuk beriadah disamping mendapat ilmu tentang permainan frisbes.

Latihan bermula dengan acara memanaskan badan.
Barisan guru-guru yang hadir dan menyertai.
Encik Amir Adli mengetuai sessi memanaskan badan.

Guru-guru begitu bersemangat....
Fasilitator untuk aktiviti ini ialah Cik Hamdiah Jailani... yang pernah mengikuti kursus ini tahun lalu..
Walaupun agak meletihkan, tapi meyeronokkan.
Sedang mendengar penerangan dari Cik Hamdiah.
Sessi permainan bermula.
Semua guru tidak melepaskan peluang untuk mencuba,
Seronoknya.. sayang saya tidak dapat menyertai sama....
Sessi kedua ladap... semua guru berkumpul di bilik gerakan..

Guru-guru kemudian berpecah mengikut panitia masing-masing..

Puan Mariam , Guru Kanan Sains bersama guru-guru Sains dan Matematik.

Sudut Santai berpidato dan bercerita.

Jumaat , 16hb Julai 2010 : Satu majlis merasmikan 'Sudut Santai Berpidato dan Bercerita" diadakan secara sederhana di kantin sekolah.
Encik Aziz Sulaiman, PK KoKo Tingkatan 6, selaku pengerak Sudut Santai ini menjadi pengerusi majlis.. menjelaskan tujuan sudut santai ini diwujudkan..

Barisan Pentadbir dan guru-guru yang hadir sama di majlis ini..
Puan Zuraimi Che Embi, memberi ucapan alu-aluan...
Persembahan santai dari pelajar tingkatan 6
Menunjukkan bakat ,,, memetik gitar.
Puan Pengetua merasmikan majlis.
Saudari Khodijah, yang berbakat besar dalam pengacaraan dan berpidato...petah berkata-kata dan bercerita.
Pelajar tingkatan 6 rendah. .. menyampaikan pidato dalam bahasa mandarin.
Kanesh dari 4RK menyampaikan pidato dalam bahasa Inggeris.
Persembahan dari tingkatan 6 atas dan 6 rendah..
Guru-guru yang menjadi tunggak kejayaan program sudut santai berpidato dan bercerita..

Saturday, July 10, 2010

HARI BERTEMU WARIS

10 HB JULAI 2010.

Satu majlis yang dinamakan "Hari Bertemu Waris " telah diadakan.
Majlis ini adalah satu majlis di mana ibubapa dan penjaga bertemu guru-guru tingkatan termasuk pentadbir sekolah untuk membincangkan pencapaian pelajaran anak-anak mereka berdasarkan pencapaian dari ujian mac dan peperiksaan pertengahan tahun...