Pages

Tuesday, March 30, 2010

Syabas dan Tahniah untuk warga SMKRC....

Pagi Isnin, 29hb March 2010, seperti biasa perhimpunan rasmi diadakan.Pada pagi tersebut, Puan Pengetua mengumumkan beberapa pencapaian yang telah dicapai oleh warga SMKRC dan telah mendapat pengiktirafan dari pihak PPD.
Anugerah yang diterima antara lainnya ialah anugerah kerana pencapaian STPM 100%.

Seterusnya anugerah Pencapaian Lonjakan Saujana PMR.
Dan di hari yang sama, kita sama-sama berbangga dengan kejayaan pasukan sepak takraw bawah 15 tahun kerana menjadi Johan daerah Kinta di dalam pertandingan yang dilangsungkan minggu sudah...

SYABAS UNTUK SEMUA WARGA SMKRC....
TERUSKAN BERUSAHA SEMOGA KEJAYAAN TERUS MENJADI MILIK KITA.....


Friday, March 26, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Sabtu, 26 hb March 2010 , Mesyuarat Agung PIBG diadakan..

Buku program yang simple dan menarik...

Pentas ,sentuhan guru muda, En Nikman Yahya....

Barisan guru-guru yang hadir..

guru lama dan baru...berganding bahu.
Pendaftaran ibubapa dan guru-guru.

Guru-guru mendaftar kehadiran.
Suasana di dalam dewan sebelum majlis bermula.

Encik Thong dan pembantu...
diantara individu yang sibuk sepanjang mesyuarat dijalankan.

Puan Hajah Farouwahida...
juruacara majlis yang bersuara lunak.


Barisan pentadbir dan Yang dipertua PIBG
Dr. Rosli Sahat memberikan ucapan selaku Yang Dipertua PIBG.
Ucapan yang padat dan berisi, ciri-ciri orang yang berilmu....

Pengetua, Puan Hajah Saadiah selaku penasihat dan perasmi majlis....
Ucapan yang penuh motivasi dan cabaran untuk guru-guru serta ibubapa.

Sebahagian ibubapa yang hadir.

Encik Hariree dan Encik Thong bersama pembantu siaraya.
Encik Hariree bertanggungjawab dengan tayangan slide dan multimedia.
YDP PIBG menerima cenderahati dari Puan Pengetua.

Puan Faridah Akmar yang bakal melepaskan jawatan setiausaha PIBG.
Syabas di atas khidmat sebagai setiausaha yang begitu komited.


AJK-AJK PIBG sessi 2009/2010 menerima cenderamata dari pihak sekolah.



En Kamaruzaman , bendahari PIBG.
Beliau kekal sebagai bendahari untuk sessi yang akan 2010 /2011..

Puan Aniza masih kekal sebagai Ajk PIBG sessi 2010/2011..

Dr Rosli menjadi pengerusi sementara, mesyuarat agong PIBG untuk perlantikan ahli jawatankuasa baru..

Angkatan Jawatankuasa PIBG yang baru....
Syabas kepada Dr Rosli Sahat yang dilantik semula menjadi Yang Dipertua PIBG dan Tn Hj Yaacob yang dilantik menjadi Naib Yang dipertua PIBG juga AJK-AJK yang lain..
Setiausaha PIBG yang baru , Pn Asmawati.
Syabas dan Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik...




Wednesday, March 24, 2010

Tip untuk kejayaan....1

Hari ini saya akan mulakan tip-tip untuk berjaya dalam peperiksaan dan dalam apa juga bidang yang anda ceburi.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah ...

TETAPKAN MATLAMAT!!!!!
- Tetapkan matlamat maksudnya, anda menetapkan tahap pencapaian yang anda inginkan. Contohnya ..mendapat 9A atau 10A di dalam SPM.
- Tetapkan matlamat juga dikatakan menetapkan cita-cita atau impian. Contohnya ingin melanjutkan pelajaran di Universiti atau bidang yang kita cita-citakan.
Ini adalah kisah benar yang berlaku semasa saya di Universiti...
Semasa di Universiti, saya selalu tertekan dengan hasil kerja kawan-kawan yang lebih baik dan cantik. Sekaligus, saya tidak mahu mengecewakan harapan orang tua saya di kampung..
Oleh itu, saya tampalkan di meja belajar saya satu ayat yang saya akan pandang setiap hari...
Ayat itu berbunyi...
" I want to be the best among the best"
Hasilnya tanpa diduga saya telah dipilih sebagai pelajar terbaik bagi jabatan saya semasa konvokesyen menerima diploma saya....
OK....TETAPKAN MATLAMAT ANDA SEKARANG...Dan mulakan langkah seterusnya....

Tuesday, March 23, 2010

Salam Perpisahan...Puan Wardah.

Cuti sekolah baru saja berlalu....Persekolahan bermula semula. Tetapi kali ini kita akan kehilangan seorang guru yang begitu berdedikasi dan komited di dalam kerjaya perguruan..iaitu Puan Wardah Hj Zakaria. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Sains di SMK Bandar Baru Putra yang baru dibuka awal tahun ini...
Kepada Puan Wardah kami warga SMKRC mengucapkan TAHNIAH dan semoga gembira di tempat baru.....

Monday, March 15, 2010

Majlis Ceramah Maulidur Rasul...

12 Mac 2010, hari Jumaat, diadakan majlis ceramah Maulidur Rasul di Dewan Aspura. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Azmi bin Ismail dari bahagian Dakwah, PDRM.
Ceramah yang disampaikan berkisar mengenai sejarah latarbelakang Rasulullah SAW.

Friday, March 12, 2010

Cuti bermula...

Hari ini hari terakhir persekolahan bagi semester ini....
Ertinya mulai esuk kita akan mulai bercuti sehingga 21 Mac....

SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA WARGA SEKOLAH....
JAGA DIRI DAN JANGAN LUPA MENGULANGKAJI SERTA BUAT KERJA YANG DIBERIKAN OLEH GURU ANDA......

Wednesday, March 10, 2010

Hari yang meriah...menerima keputusan SPM.

Hari ini diumumkan keputusan peperiksaan SPM yang diduduki pada November 2009.... Selain berdebar menerima keputusan, hari ini juga adalah hari pertemuan, setelah sekian lama tidak berjumpa......
Mereka dengan sabar menunggu di Dewan Aspura......

Ada yang diteman ibu dan bapa... Ada yang hanya dengan rakan-rakan sahaja....


Guru-guru dan Puan Pengetua, bersedia menanti untuk mengumumkan keputusan...



Pelajar paling cemerlang...mendapat 8A..1 B
Nur Zuhaidah bt Md Azizan....mengulangi kecemerlangan semasa menduduki PMR

Berpelukan dengan guru kelas... kerana terlampau gembira....

Kanesh....bekas pelajar 5RK
Nor Assalinah

Nor Maisarah

Syaidatina
Anak cikgu Kamaruzaman ....Najihah




Menanti dengan debaran....yang berjaya jangan lupa cikgu-cikgu....
Setiap orang ada keputusannya...
Yang berbeza cuma baik atau tidak yang diperolehi.....
jangan kesal, boleh cuba lagi...

Guru tingkatan 5 tahun sudah tak menang tangan....
pelanggan ramai sekali....
Pada yang berjaya diucapkan sekalung Tahniah...
Anda memang Hebat.. diantara yang hebat.......
Yang kurang menyerlah.....
jangan putus asa....
Percaturan hidup belum berakhir...
Hanya tekad dan usaha menjanjikan segalanya......



















Tuesday, March 9, 2010

Saat mendebarkan...


Esuk ,Khamis ... 11. Mac 2010
Keputusan SPM akan diumumkan.....
sungguh mendebarkan...!!!!!
Semoga semuanya berjaya...

Syabas untuk Cik Hamdiah..

Sekalung tahniah untuk cik Hamdiah yang mengetuai Jawatankuasa Acara Perbarisan Perasmian dan Penutup......
yang begitu meriah dan berjaya...

Monday, March 8, 2010

Perbarisan PerasmianTemasya Olahraga..

Ketibaan tetamu khas disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang..
Puan Pengetua mengiring YDP PIBG, Dr Rosli Sahat, ke kemah tetamu..

Guru-guru berbaris mengalu-alu kedatangan tetamu kehormat.


Kumpulan pancaragam memulakan perbarisan...Syabas untuk mereka.


Pembawa bendera kejohanan.

Berbaris sambil membawa lagu-lagu....Hebat mereka ni...

jangan tersilap tiup yer....

Pembawa panji-panji.....bendera mengikut rumah-rumah sukan..

Dr. Rosli menerima tabik hormat perbarisan..
begitu bersemangat..
tapi senyumlaa sikit.....


Rumah Tun Perak mendahului perbarisan...

jangan terlondeh kain sudah.........

Pembawa bendera kejohanan telah sampai di tengah padang.....menanti pasukan-pasukan lain...

rumah Tun Tuah....mengikuti di belakang Tun Perak....

Tuah tidak menyebelahi Tun Tuah tahun ini...
tapi jangan putus asa....Tuah akan bangkit tahun hadapan....


Yang kalah tidak bererti menyerah kalah....
Megat Terawis....dengan konsep Hantu Cina......
heheheh konsep sebegini pun ada ke....
Merah berbaris dengan megah.....


Bukan temasya hollowen.... pembawa bendera Megat Terawis..

Sepasukan "Hantu" yang sedang mengganas......


Costume yang menarik...Idea kreatif cikgu Nornikman....


Kuning menyinar bak mentari...konsep satu Malaysia

Nampak bergaya walaupun sederhana..
Nila utama bagai perwira...
Jangan tersilap...bukan pasukan PDRM..

Inilah barisan Kadet Polis.....smart dan tampan bergaya.

Tak silap memilih sebagai Naib Johan.....

Macam pernah ku lihat.... tapi di mana yaa....
anggota kadet polis begitu bergaya.


Bersiap sedia di tengah padang...

Pasukan pengakap.


Cuma nasib tak menyebelahi mereka...begitu bersemangat.


Tahun depan....kita cuba lagi hingga menang....

Pasukan Putri Islam....nampak gagah dan bergaya...


namun tetap ayu dan sopan..

wahhh..hebat nampak...!!!


macam rap sekali pandang.

Pandu puteri penuh keyakinan dan berketerampilan...

bersemangat mengorak langkah sederap..
masih jelita walau di bawah sinar matahari...
kumpulan pancaragam...cukup menceriakan temasya sukan kita.
Tahniah untuk cikgu Yeoh Li Li.!!!


Kadet Remaja Sekolah....
begitu bersemangat.


Pasukan Bulan Sabit Merah. Putih itu menawan....
Begitu mantap....segak dan bergaya....


sederap selangkah....menuju kejayaan.....

Barisan Pembawa bendera.. telah bersedia di tengah padang....
Tahniah untuk rumah Megat Terawis....yang mengungguli acara perbarisan....!!!!
Kalian adalah Juara.....

Pembawa bendera kejohanan siap sedia untuk menaikkan bendera

Begitu manis di tengah padang....Konsep pelbagai kaum....Satu Malaysia...memberi kejayaaan...

Kuning...menyerlahkan suasana....NIla utama ada kelebihannya...
Acara gimik ...perasmian temasya olahraga tahunan.....

Ikrar dilafazkan......