Pages

Tuesday, March 2, 2010

Dari Buletin Pengetua...

Diambil dari Buletin Pengetua "Warkah Untuk Warga" bil 1/2010.


TIPS PENGETUA :

" Berjalan beberapa langkah dengan isteri yang cerewet mungkin lebih meletihkan berbanding berjalan berpuluhpuluh kilometer dengan insan yang menyenangkan "

Komen Pengetua...

Elakkan tabiat cerewet tidak menentu. Akibatnya kita bakal dibenci oleh rakan-rakan...

" Unsur terkecil yang bertenaga besar pada diri manusia adalah penemuan dan pemahaman diri, kerana dari sanalah segala cita-cita tercapai."
-Albert Einstein.

Komen Pengetua ...
Temuilah diri sendiri dan fahamilah ia...Insyaallah anda akan berjaya.

" Jangan bersedih kerana usia anda yang sebenarnya adalah kebahagian dan ketenangan hati anda. Olah sebab itu jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya TUHAN tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan usia "

Komen Pengetua....

Orang berjaya tidak menjadikan masalah sebagai malapetaka, sebaliknya masalah dianggap sebagai peluang untuk membaiki diri.
Petikan: Dont Be Sad

No comments:

Post a Comment