Pages

Thursday, February 25, 2010

guru-guru yang berdedikasi....

Bila tiba musim sukan...antara yang sibuk ialah guru-guru.......Balik sahaja dari sekolah, dah kena bersiap datang balik ke sekolah untuk bertugas di bawah bahang matahari.......

Puan Sabariah, Puan Wardah dan Puan Alang Rahmah....menjadi hakim penamat pada hari ke tiga pra sukan.... Puan Alang sempat lagi mengambil gambar-gambar untuk dokumentasi dan majalah sekolah....
Semua warga sekolah harus mengakui...Guru inilah paling sibuk sepanjang musim sukan ini dijalankan....Puan Azlah merangkap penolong setiausaha sukan tahun ini. Saya kagum dengan kegigihan, dedikasi dan komitmen beliau dengan tugas ini.....



Tidak dinafikan... Salah seorang guru yang penting dalam menentukan kejayaan perjalanan sukan tahunan sekolah ini.... Setiausaha sukan , Encik Amir Adli.. Masih boleh berjenaka, bergurau dan tersenyum walaupun berada di bawah terik matahari. Beliau juga merupakan pelepas bagi acara olahraga yang berlangsung...

Keceriaan masih jelas di wajah, walaupun penat....Puan Norashima, Puan Zuraini, Puan Noraini, Encik Azizi, Encik Husni dan encik Amir..... Petugas-petugas acara hari ketiga , pra sukan.


Pencatat markah temasya sukan kali ini. Puan Farizah, Puan Rafiza bersama Puan Azlah...





Puan Rafiza....masih boleh tersenyum...walaupun letih...




Hakim lompat tinggi perempuan....Puan Hajar, Cik Hamdiah dan Cik Izlin....






Guru Praktikum UPSI ( Maaf saya tak ingat nama ).... Hakim petugas, acara tarik tali.
Pelajar menarik tali...cikgu-cikgu memberi sokongan dan sorakan...
Semangat guru-guru tetap bersama pasukan masing-masing...Tahniah Tun Perak kerana menang pada acara tarik tali ini....
Macam adik dan abang.... Encik Husni dan Encik Amir......
Wah ...tak aci macam ni...ada tukang payungkan.... Encik Husni mesra bersama pelajar.
Turun memberi sokongan kepada pelajar....Puan Rosminah.

Dari jauh macam pelajar... cikgu rupanya... Hakim acara lompat tinggi..

Wednesday, February 24, 2010

Acara Tarik Tali..

24. Febuari 2010...Hari ini diadakan acara tarik tali untuk tempat ketiga dan keempat bagi kategori Lelaki A, Lelaki B dan Perempuan A.....
Tidak dinafikan, acara ini memang diminati.... bersiap sedia untuk bertanding.


....Bertahan.....supaya tidak maju ke hadapan....

Pasukan yang hebat.....berjuang habis-habisan...



Pelbagai reaksi dan gaya diperlihatkan..




Tali dipegang...sebagai tanda pertandingan akan dimulakan..





Begitu bergaya...dengan aksi tersendiri






Panas tidak menghalang acara dijalankan dengan lancar dan jaya...







Alahai Tun Tuah...asyik kalah lagi......!!!!









Kerjasama, usaha dan semangat bersatu padu....menjanjikan kejayaan..



sepasukan dalam usaha untuk kemenangan...


guru-guru sama-sama memberi sokongan dan sorakan.....




Biar badan kecil tetapi tenaga mereka kuat....

Berusaha terus untuk menang...







Tarikkk.........

Bersedia sebelum pertandingan bermula...

TAHNIAH KEPADA PASUKAN YANG BERJAYA....YANG KALAH CUBA LAGI TAHUN HADAPAN....INSYAALLAH...!!!!!

















Monday, February 22, 2010

Pra sukan bermula....

22 Febuari 2010..... bermulanya Pra sukan di SMKRC bagi tahun ini. Tenaga-tenaga petugas sibuk bersiap sebelum acara bermula...
Cikgu Amir Adli.....SU sukan yang begitu berdedikasi...masih boleh membuat jenaka di tengah panas terik matahari.


Acara pada petang tadi...100 m, LA,LB, PA PB, L ting 6, P Ting 6.....800m LA,
800m LB, 800m PA, 800m PB...Lontar peluru dan tarik tali....
Tahniah kepada pelajar yang
berjaya...!!!


Perhimpunan pagi Isnin..

22 Febuari 2010, Isnin:

Tema ucapan Pengetua di perhimpuan pagi ini ialah mengenai ' Visi Sekolah'.
Visi membawa maksud, matlamat, cita-cita atau hasrat.
Visi sekolah ialah untuk
Menjadi di antara sepuluh buah sekolah terbaik di daerah
Kinta.
Beliau menyeru semua warga SMKRC supaya sama-sama berusaha untuk mencapai visi ini. Kerana tanpa visi kita seperti hilang arah dan tujuan.

Saturday, February 20, 2010

Dari Cik menjadi Puan.....

Cuti hujung tahun 2009 menyaksikan beberapa orang guru sekolah kita selamat meninggalkan zaman solo mereka. Antaranya ialah Puan Hajar... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Pengantin Baru...


20 disember 2009....saya menghadiri satu majlis perkahwinanan dua orang guru SMK. Raja Chulan....cuba teka siapa mereka berdua....Kedua-duanya adalah warden asrama puteri dan putera...Tak lain tak bukan, Encik Husni dan Puan Norashima.....Semoga kekal berbahagia..selamanya..

Tuesday, February 16, 2010

Tazkirah di pagi Jumaat...oleh Ustaz Nik Abdul Malek.

Beberapa tahun kebelakangan ini, setiap hari Jumaat akan diadakan program dakwah dan tazkirah.. Minggu lepas diadakan bacaan Yassin, manakala pada 12hb Febuari baru ini diadakan majlis tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Abdul Malek, salah seorang ustaz di Smk. Raja Chulan..
Pagi itu tazkirah yang disampaikan berkisar mengenai, Adap-adap yang perlu dijaga semasa menuntut ilmu....
Diantara adap-adap yang perlu ialah...
1. Niat yang ikhlas untuk menuntut ilmu.
Apa saja niat kita akan memberi kesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
2. Menjaga diri atau akhlak dari melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.
contohnya, tidak melayari pronografi (gambar lucah) semasa melayari internet.
Ini dikuatiri akan mengelapkan hati dari mendapat ilmu dan manfaatnya.
3. Bebaskan diri dari kemaksiatan kerana ini akan merosakkan hati dan jiwa.
4. Memuliakan sumber ilmu itu diperolehi contohnya, guru-guru, buku-buku..
Para pelajar khusyuk mendengar tazkirah yang diberikan..

Yang menariknya juga , perbandingan ilmu yang kita terima dengan keadaan hujan yang turun di pelbagai tanah tanih...

Pertamanya : hujan yang turun di tanah gambut...

Tanah itu bukan sahaja subur tetapi dapat juga memanfaatkan hasilnya kepada orang lain. Ini adalah perumpaan ilmu yang dipelajari dan diamalkan serta disampaikan kepada orang lain.

Keduanya : Hujan yang turun di tanah liat...

Air hanya boleh bertakung di tanah liat tetapi , tidak dapat menumbuhkan sebarang tanaman.. Umpamanya, ilmu yang hanya dimanfaatkan kepada orang lain, tetapi tidak kepada diri sendiri..

ketiga : Hujan yang turu di tanah pasir.....

Hujan yang turun terus meresap ke dalam tanah pasir, dan tidak dapat dimanfaatkan kepada sesiapa. Malah tidak dapat digunakan untuk diri sendiri... Umpamanya, ilmu yang tidak disampaikan kepada orang lain dan tidak diamalkan oleh diri sendiri...

Waallahualam....


Sunday, February 14, 2010

Lagi gambar pemenang-pemenang mini marathon..

Terima Kasih Puan Pengetua...kerana menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang...























Pelajar-pelajar SMK Raja Chulan....memang hebat-hebat belaka.....Tahniah..!!!