Pages

Tuesday, February 16, 2010

Tazkirah di pagi Jumaat...oleh Ustaz Nik Abdul Malek.

Beberapa tahun kebelakangan ini, setiap hari Jumaat akan diadakan program dakwah dan tazkirah.. Minggu lepas diadakan bacaan Yassin, manakala pada 12hb Febuari baru ini diadakan majlis tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Abdul Malek, salah seorang ustaz di Smk. Raja Chulan..
Pagi itu tazkirah yang disampaikan berkisar mengenai, Adap-adap yang perlu dijaga semasa menuntut ilmu....
Diantara adap-adap yang perlu ialah...
1. Niat yang ikhlas untuk menuntut ilmu.
Apa saja niat kita akan memberi kesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
2. Menjaga diri atau akhlak dari melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.
contohnya, tidak melayari pronografi (gambar lucah) semasa melayari internet.
Ini dikuatiri akan mengelapkan hati dari mendapat ilmu dan manfaatnya.
3. Bebaskan diri dari kemaksiatan kerana ini akan merosakkan hati dan jiwa.
4. Memuliakan sumber ilmu itu diperolehi contohnya, guru-guru, buku-buku..
Para pelajar khusyuk mendengar tazkirah yang diberikan..

Yang menariknya juga , perbandingan ilmu yang kita terima dengan keadaan hujan yang turun di pelbagai tanah tanih...

Pertamanya : hujan yang turun di tanah gambut...

Tanah itu bukan sahaja subur tetapi dapat juga memanfaatkan hasilnya kepada orang lain. Ini adalah perumpaan ilmu yang dipelajari dan diamalkan serta disampaikan kepada orang lain.

Keduanya : Hujan yang turun di tanah liat...

Air hanya boleh bertakung di tanah liat tetapi , tidak dapat menumbuhkan sebarang tanaman.. Umpamanya, ilmu yang hanya dimanfaatkan kepada orang lain, tetapi tidak kepada diri sendiri..

ketiga : Hujan yang turu di tanah pasir.....

Hujan yang turun terus meresap ke dalam tanah pasir, dan tidak dapat dimanfaatkan kepada sesiapa. Malah tidak dapat digunakan untuk diri sendiri... Umpamanya, ilmu yang tidak disampaikan kepada orang lain dan tidak diamalkan oleh diri sendiri...

Waallahualam....


No comments:

Post a Comment