Pages

Monday, August 15, 2011

1 Malaysia; Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Hari ini sekolah kita telah mengadakan majlis rasmi bagi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54. Majlis dimulakan dengan persembahan dari kelas 1KAA yang mengisahkan 4 gadis sedang bermimpi tentang pejuang-pejuang berusaha untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajahan warga asing, maka bermulalah pengisytiharaan kemerdekaan di tanah air kita. Sempena bulan patriotik ini, sekolah kita akan mengadakan pelbagai aktiviti dan program bagi pelajar-pelajar SMKRC. Ayuhlah kita bersemangat untuk berjuang demi mencapai kejayaan! MERDEKA!

Friday, August 12, 2011

Bacaan Yassin dan solat hajat.

Hari ini di waktu pagi yang indah, sekolah kita telah mengadakan bacaan Yassin dan solat sunat hajat sempena menempuh peperiksaan percubaan SPM dan STPM di dewan Aspura.
Mudah-mudahan segala doa yang dihajatkan akan termakbul.. kepada calon-calon SPM dan STPM, berusahalah demi masa depan dan belajarlah bersungguh-sungguh tanpa berputus asa..

Wednesday, August 10, 2011

Berakhirnya sudah PMR trial.

Syukur diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan percubaan PMR. Mudah-mudahan mereka akan mendapat keputusan yang baik lagi mantap.

Tanamlah dalam hati,
USAHA TANGGA KEJAYAAN!

Tuesday, August 9, 2011

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak...

... kepada semua warga SMKRC!

Semoga sihat tubuh badan dan puasa penuh selalu..
jangan ponteng, ya! Kalau ponteng, dosa..
nanti kena ganti pula..
Cubalah untuk berpuasa penuh, insyaAllah kita akan
mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah s.w.t..
Penuhkanlah bulan puasa ini dengan banyak beribadat
dan bersedekah kepada yang memerlukan..
Di bulan puasa ini juga, janganlah lupa untuk bersembahyang tarawikh
selepas berbuka puasa dan tingkatkan keimanan anda serta
berbuat baik sesama manusia. Ingatlah Allah selalu...

Sekali lagi,

ahlan wa sahlan ya Ramadhan :)