Sunday, January 1, 2012

Salam Perpisahan....

      Mulai 1 hb Disember 2011... saya tidak lagi menjadi guru di SMK Raja Chulan, kerana telah ditukarkan ke SMK. Seri Ampang. Dengan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua warga
Raja Chulan, sekiranya terdapat salah silap dan kata-kata yang menyakitkan hati... selama saya menjadi guru di sekolah ini.
       Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua yang telah  banyak membantu saya terutama sekali Puan Pengetua.. Puan Hajah Saadiah, yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya.... serta rakan-rakan guru yang lain.
     Terima kasih juga kepada anak-anak pengawas Pusat sumber yang banyak membantu saya dalam mengurus dan menjayakan peranan Pusat Sumber sekolah...Anda memang terbaik !!!!!
Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan kejayaan pada masa depan....
      Apa yang saya harapkan...blog ini diteruskan dan saya sentiasa mendapat berita terbaru tentang SMKRC dari masa ke masa....

Terima kasih sekali lagi... andai anda memerlukan khidmat saya , hubungilah saya...saya sedia membantu....
terima kasih dan semoga bertemu lagi.....