Pages

Showing posts with label perpisahan. Show all posts
Showing posts with label perpisahan. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Salam Perpisahan....

      Mulai 1 hb Disember 2011... saya tidak lagi menjadi guru di SMK Raja Chulan, kerana telah ditukarkan ke SMK. Seri Ampang. Dengan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua warga
Raja Chulan, sekiranya terdapat salah silap dan kata-kata yang menyakitkan hati... selama saya menjadi guru di sekolah ini.
       Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih, kepada semua yang telah  banyak membantu saya terutama sekali Puan Pengetua.. Puan Hajah Saadiah, yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya.... serta rakan-rakan guru yang lain.
     Terima kasih juga kepada anak-anak pengawas Pusat sumber yang banyak membantu saya dalam mengurus dan menjayakan peranan Pusat Sumber sekolah...Anda memang terbaik !!!!!
Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan kejayaan pada masa depan....
      Apa yang saya harapkan...blog ini diteruskan dan saya sentiasa mendapat berita terbaru tentang SMKRC dari masa ke masa....

Terima kasih sekali lagi... andai anda memerlukan khidmat saya , hubungilah saya...saya sedia membantu....
terima kasih dan semoga bertemu lagi.....

Friday, January 14, 2011

Majlis Perpisahan 3 Guru Yang Berjasa.

Salam perpisahan buat Encik Ahmad Zainuddin b. Ahmad Kamal, Penolong Kanan HEM(2010-2011) yang akan bertugas di SMK Wira Jaya Ipoh.


Pesanan dan nasihat terakhir dari Haji Ahmad Zainuddin.


Salam perpisahan juga buat Puan Hajah Banilawazi bt Mat Sarin, Penolong Kanan Kokurikulum(2006-2011) yang akan bertugas di SMK Seri Putera, Ipoh sebagai Penolong Kanan Petang.


Puan Hajah Banilawazi memberikan ucapan perpisahan....


Turut diraikan ialah Puan Hajah Farouwahida bt Haji Shafiei, yang merupakan Guru Matapelajaran Bahasa Melayu & Sastera(1997-2011) yang akan dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa di SMK Convent Ipoh.





Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti
Semoga ketiga-tiga guru ini akan gembira
bertugas di sekolah baru,
sama-sama kita berdoa yang terbaik dan
Selamat Maju Jaya untuk mereka...

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Perpisahan Encik Samsuddin..

Sekolah kehilangan seorang guru yang begitu berkeliber....
Orang yang dimaksudkan ialah Encik Samsuddin bin Md Yusuf , yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK. Datuk Ahmad Taib,Chemor...
Oleh yang demikian, satu majlis diadakan untuk meraikan pemergiaan beliau ke tempat baru.
Pelajar-pelajar mendengar amanat akhir dari Encik Samsuddin.. Mantan PK HEM ..
Encik Samsuddin berkongsi pengalaman beliau dengan para guru dan pelajar...
Di kalangan guru beliau cukup senonim dengan teori..." Boil the Frog"
satu kaedah mendidik para pelajar yang cukup menarik...
Tuan Haji Ahmad Zainuddin... aka Cikgu Zak...
Penolong Kanan HEM yang baru.. memberi sepatah dua kata pengenalan diri..
Dan hadiah-hadiah pun diberikan sebagai tanda mata dari para pelajar...


Guru-guru juga tidak ketinggalan memberi cenderahati.

Semoga Encik Samsuddin gembira di tempat tugas baru.....
SEmoga berjaya dalam karier...