Pages

Monday, September 6, 2010

Salam perpisahan untuk Puan Norzaidah bt Daud..

Bulan Julai yang lalu.. Kita bukan saja kehilangan Penolong Kanan HEM kita yang berkeliber..malah kita juga kehilangan seorang guru yang berdedikasi.


Guru yang dimaksudkan ialah Puan Norzaidah bt Daud.. salah seorang guru Sains yang disegani.
( trade mark cikgu Zaidah... tahi lalat di atas dahi....)
Dengan itu, kelab guru telah menganjurkan satu Pot Luck...untuk meraikan perpisahan yang tidak diingini tapi diredhai...
Semoga Cikgu Zaidah gembira di tempat kerja yang baru di Terengganu.
Beliau berpindah kerana mengikut suami yang telah pun bertukar ke sana , hampir setahun dulu....



Sunday, September 5, 2010

Sambutan Bulan Patriotik.

Seperti tahun-tahun sebelumnya... Tahun ini, sekolah juga menyambut bulan patriotik secara rasmi di tapak perhimpunan.. Tetamu yang dijemput ialah
Encik Norazman, seorang ahli jemaah nazir yang juga bekas pelajar SMK Raja Chulan...
Antara isi ucapan dan ceramah beliau ialah...bagaimana untuk mengisi kemerdekaan ini, terutamanya bagi generasi muda dan belia khususnya para pelajar..
Beliau turut memberi contoh kejayaan beberapa rakyat Malaysia di mata dunia, seperti Dato Nicol David , pemain nombor satu dunia dalam bidang squash dan Dato Dr Syeikh Muzaffar, angsawan Malaysia yang pertama...
Sebagai bekas pelajar, beliau juga cukup teruja untuk menyampaikan ceramah dan ucapan beliau untuk pertama kalinya selepas meninggalkan sekolah.

Melafazkan ucapan keramat " MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA..."
Memukul gong merasmikan majlis yang begitu bermakna...
Cenderahati disampaikan sebagai tanda terima kasih.
Menandatangani buku pelawat.