Pages

Friday, January 29, 2010

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA...PN HALIMATON ABD RAHIM..

29 Januari 2010.....Majlis Perpisahan untuk Puan Pengetua yang kita sayangi, Puan Halimaton bt Abd Rahim. Majlis di adakan di tapak perhimpunan dan dimulai dengan perhimpunan rasmi....

Barisan guru-guru wanita yang begitu comitted dengan tugas masing-masing....


Dua orang pengacara yang berbakat besar... Syafik dari 3Ka dan Khadijah dari 6A1. Mereka memikul amanah sebagai pengacara pada pagi itu..

Barisan pentadbir-pentadbir yang berdedikasi...




Ucapan dari Puan Pengetua...Dalam jenaka ucapannya ada juga yang membuat mata berlinangan airmata..... Menceritakan pengalaman suka duka beliau selama menjadi pengetua di SMK. Raja Chulan, selama 6 tahun bermula tahun 2003.




Arakan bunga manggar dan paluan kompang mengiringi pemberi-pemberi hadiah...





Barisan guru-guru lelaki yang ada..





Paluan kompang dari pelajar asrama...







Barisan pembawa hadiah untuk disampaikan kepada Puan Pengetua
sebagai tanda hati.









Sumbangan hadiah dari para pelajar mengikut kelas dan tingkatan.









Hanya sebahagian yang dapat saya masukkan di sini kerana ramai wakil kelas yang memberi hadiah...









Hadiah dari Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Disampaikan oleh Ketua Pengawas PSS.











Persembahan sajak yang begitu bersahaja dari Hafizi pelajar Tingkatan 3RK.













Persembahan pelajar.. Coral Speaking dan Qalam Jamaie.












Pemetik gitar sebagai back-up persembahan nyanyian berkumpulan. Mereka berbakat besar......














Nyanyian yang begitu menyentuh hati...khas untuk pengetua yang disayangi...















Pesembahan Koir...satu Malaysia.
















Pelajar berbilang kaum bersatu membuat persembahan untuk Puan Pengetua...

















Cik Lily mengiring persembahan dengan petikan keyboard...



















Persembahan terakhir dari pelajar asrama. diketuai olah warden asrama, En Amir Adli....begitu kreatif dan menghiburkan..


















Acara bersalaman dengan Puan Pengetua..





















Biar lelaki mahupun perempuan, semuanya seperti anak-anak beliau....





















Bersalaman dengan pelajar perempuan... Ada yang tak dapat menahan airmata kesedihan. Begitu juga Puan Pengetua...






















Akhir sekali bersalam dengan guru-guru....






















Kesedihan dan kepiluan tak dapat disembunyikan...Semoga Puan Pengetua bahagia di tempat baru....SELAMAT BERJAYA dan SELAMAT BERPISAH.....!!!!!

























Monday, January 25, 2010

Latihan sukan dah bermula...

25 Januari 2010, Isnin.
Minggu ini minggu kedua sessi latihan untuk persediaan menghadapi sukantara, pra-sukan dan sukan tahunan.....Isnin adalah hari latihan yang khusus untuk pelajar perempuan sahaja...tapi lihatlah..mereka tetap gigih menjalani latihan untuk rumah sukan mereka..

Sesi latihan untuk rumah Megat Terawis...acara lompat jauh. Acara kesukaan saya satu hari dulu......( macam tak percaya aje..)


Pasukan Tun Tuah...dengan latihan lontar peluru....wahhh..dasyat balingannya...penuh gaya.


Pelajar yang berpengalaman sedang memberi tunjukajar kepada pelajar-pelajar lain, bagaimana teknik melontar yang betul...( ini pun acara yang saya suka....)



Walaupun panas terik petang ini...tapi semangat tidak pudar. Seorang guru berpayung sambil memberi arahan untuk acara lompat jauh...




Ini sesi panaskan badan.....jangan ingat tak penting. Kerana regangan badan boleh menggelak dari urat-urat badan tersimpul...





Penyediaan untuk lompat tinggi.... Malangnya semasa sesi latihan, saya lupa nak ambil gambar......
Syabas....!!!! pelajar kita memang bersemangat....Majulah sukan untuk sekolah dan negara....
JUMPA LAGI....!!!!






Saturday, January 23, 2010

SEkolah Ganti....Sempena Tahun baru China

Sabtu, 23 Januari 2010.....
Warga Raja Chulan berhimpun di sekolah seperti hari-hari persekolahan biasa kerana menggantikan cuti sempena Tahun Baru China.....Tahniah kepada para pelajar yang hadir pada hari itu...


Walaupun pada hari Sabtu, taklimat dan nasihat tetap diberikan.....

Dan walaupun suasana pagi masih gelap...semua berjalan seperti biasa...
P n P juga berjalan seperti hari-hari persekolahan biasa....
Sekali lagi tahniah dan syabas untuk semua yang hadir pada hari itu........



Pelajar Cemerlang Straight A"s... PMR



Tahun ni..Sekolah Raja Chulan mencipta sejarah tersendiri apabila 18 pelajar berjaya mendapat straight A...9A dan 8A. ...Malangnya bila saya kira semula jumlah di atas....macam tak cukup pula bilangannya...Siapa yang tak ada yer.. oo..mereka dah berpindah sekolah..



Izwan...Cemerlang 9A....ditawarkan menyambung pelajaran ke MCKK...Tahniah.






















































































































































































Thursday, January 21, 2010

SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PUSAT SUMBER...

Tahun 2010 ini, bolehlah dikatakan tahun yang mencabar bagi saya kerana saya dilantik menjadi guru media merangkap guru Pusat Sumber Sekolah.....( bukan saya yang minta ye...). dan amanah ini saya terima dengan fikiran yang positif untuk kebaikan semua terutama anak-anak didik saya di SMK.Raja Chulan, Ipoh. Terima Kasih tak terhingga kepad Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajah Robitah Alang Ahmad, yang memberi amanah ini kepada saya...

Sebelum memegang jawatan ini saya hanya guru pembantu biasa yang tak banyak menyumbang tenaga di Pusat Sumber ini kerana selama ini ia diurus dengan baik oleh Puan Zuraini Che Imbi yang dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Tingkatan 6.
Sebagai guru PSS yang baru beberapa perubahan ingin saya lakukan dan pertama ingin saya ubah ialah suasana di dalam PSS ini.....Gambar di atas masih belum ada perubahan yang banyak.

Rak majallah ini saya ubah ke depan, supaya lebih ramai yang boleh membaca majalah...(Saya pun suka membaca majalah...)


Benda pertama saya nak cantikkan ialah meja kaunter ni......Dah siap sikit, nanti saya upload wajah terbarunya....(belum bersapu dan dibersihkan...tunggu pengawas pusat sumber) Oh ya...lantikan pengawas pusat sumber yang baru telah diadakan semalam 21/1/2010. Diadakan lebih awal dari tahun-tahun sebelumnya, kerana pengetua sekarang akan berpindah ke sekolah baru. Dan kita akan menerima pengetua yang baru...




Tempat membaca suratkhabar untuk guru-guru....Dah berubah tempat. ( Cantik juga kalau ada tikar atau karpet kan..???? or any suggestion..???)




Dan sayalah guru Pusat sumber sekolah yang baru.....Kepada semua bantulah saya, kerana inilah pengalaman saya mengurus Pusat Sumber....banyak perkara yang saya tidak tahu, dan banyak perkara yang saya harus lakukan........Harap maaf segala kekurangan...Dan terima kasih kerana memahami......