Pages

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Perpisahan Encik Samsuddin..

Sekolah kehilangan seorang guru yang begitu berkeliber....
Orang yang dimaksudkan ialah Encik Samsuddin bin Md Yusuf , yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK. Datuk Ahmad Taib,Chemor...
Oleh yang demikian, satu majlis diadakan untuk meraikan pemergiaan beliau ke tempat baru.
Pelajar-pelajar mendengar amanat akhir dari Encik Samsuddin.. Mantan PK HEM ..
Encik Samsuddin berkongsi pengalaman beliau dengan para guru dan pelajar...
Di kalangan guru beliau cukup senonim dengan teori..." Boil the Frog"
satu kaedah mendidik para pelajar yang cukup menarik...
Tuan Haji Ahmad Zainuddin... aka Cikgu Zak...
Penolong Kanan HEM yang baru.. memberi sepatah dua kata pengenalan diri..
Dan hadiah-hadiah pun diberikan sebagai tanda mata dari para pelajar...


Guru-guru juga tidak ketinggalan memberi cenderahati.

Semoga Encik Samsuddin gembira di tempat tugas baru.....
SEmoga berjaya dalam karier...

Monday, August 16, 2010

Selamat Datang En Ahmad Zainuddin..

Selamat datang diucapkan kepada Encik Ahmad Zainuddin b. Ahmad Kamal yang ditugaskan sebagai Guru Penolong Kanan HEM yang baru, menggantikan En Samsuddin b. Yusof yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Satu di SMK. Dato Ahmad Taib Chemor...
Encik Ahmad Zainuddin adalah bekas guru di SMK Raja Chulan, sekitar tahun awal tahun 2000.
Semoga beliau gembira bertugas di sini...
Selamat Maju Jaya untuk beliau......

Saturday, August 14, 2010

Peperiksaan Percubaan PMR 2010

Pada 3hb Julai 2010.. Bermulanya Peperiksaan Percubaan PMR bagi tahun 2010. yang diadakan serentak peringkat negeri Perak. Puan Zainab Nordin selaku penolong setiausaha peperiksaan awam PMR sedang memberi taklimat dan arahan kepada calun-calun PMR.

Semoga semua calun yang menduduki peperiksaan PMR dapat menjawab dengan cemerlang....
SEMOGA MAJU JAYA..

Majlis penutup Minggu Bahasa dan Bulan Membaca


Majlis penutupan dan penyerahan hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan sempena Minggu Bahasa dan Bulan Membaca diadakan pada 30 hb Ogas 2010. Pelbagai pertandingan diadakan sempena Minggu Bahasa dan Bulan Membaca. Antaranya yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Jepun dan Panitia Bahasa Cina.. juga Panitia Bahasa Malaysia.

Antara aktiviti yang diadakan oleh Pusat Sumber sekolah ialah cabutan nama bertuah pengunjung Pusat Sumber.

Pemenang untuk pertandingan Meja Bermaklumat...





Encik Fun, ketua Panitia Bahasa China mengiringi Puan Pengetua menyampaikan hadiah.


Penyampaian hadiah , aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Jepun. Ketua Panitia, Puan Lee Sau Lan.



Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Puan Mehrul Nisa mengiringi pengetua
menyampaikan hadiah.




Kepada pelajar-pelajar yang gambarnya tidak disiarkan, saya mohon maaf kerana terlalu ramai.. anda boleh berjumpa saya untuk mendapatkan gambar-gambar yang saya ambil.
Tahniah ...Anda memang hebat...!!!!

Pertandingan Meja Bermaklumat.


Salah satu program yang dijalankan sempena 'Program Bulan Membaca' , Pusat Sumber
Sekolah telah menganjurkan satu pertandingan - Meja bermaklumat di kantin. Penyertaan adalah dari kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang mengambil bahagian.
Majlis perwakilan pelajar - tingkatan 6, dengan tema : Makanan.
Persatuan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.
Ahli persatuan Matematik dan Sains
Persatuan Pencegahan Jenayah.
Persatuan Bahasa Jepun
Persatuan Bahasa Inggeris
Kelab Pusat Sumber , tema : Bola Sepak Piala Dunia.

Persatuan Bahasa Cina.
Persatuan Kerjaya dan Bimbingan Kaunseling




Semua yang mengambil bahagian diucapkan ribuan terima kasih... dan tahniah kepada yang menang. Hakim untuk pertandingan ini ialah Encik Nor Nikman bin Yahya.