Pages

Wednesday, December 21, 2011

Saat yang melegakan..

Salam berehat & bercuti kepada semua calon-calon SPM & STPM setelah tamat peperiksaan.. banyak-banyak berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang.
YAKIN BOLEH !

Keputusan PMR 2011.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba...
TAHNIAH diucapkan kepada semua warga SRC kerana sekolah kita telah mendapat lompatan saujana yang begitu luar biasa dalam PMR bagi tahun 2011, dan juga kepada 18 calon yang mendapat 'Straight As'. Kepada calon yang mendapat keputusan gred yang sederhana mahupun tidak 'straight' seperti yang disangka, janganlah bersedih. Teruskan maju dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kecemerlangan yang riang. Mudah-mudahan akan dapat mencapai keputusan yang membanggakan dalam SPM pada tahun akan datang. Segala-galanya di tangan anda dan andalah yang menentunya..
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar Tingkatan 3!