Pages

Friday, April 30, 2010

kita menang lagi...

Pada 29hbApril 2009


Beberapa pelajar kita telah menyertai pertandingan di peringkat daerah dan zon.. antaranya, Kompang formasi dan pidato diraja..
Keputusannya...Pidato diraja peserta kita menjadi Naib Juara...
dan Kompang formasi mendapat tempat ketiga daerah Kinta Utara...

Syabas untuk semua pelajar kita yang berjaya.....
KITA PENERAJU KEUNGGULAN...

Majlis Anugerah dan Hari Kokurikulum yang meriah...

Khamis: 29hb april 2010
Hari dinanti-nanti tiba... Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari KOkurikulum . Setelah berhari-hari membuat persiapan hari yang dinanti pun tiba....
Encik Samsudin dan Naib Yang dipertua PIBG, menunggu ketibaan tetamu VIP..
Dua pelajar penyambut tamu dengan senyuman....

Barisan pelajar-pelajar beruniform berbaris menunggu ketibaan..
Pasukan Puteri Islam menanti ketibaan VIP.
Kelab Bahasa Jepun..begitu anggun dengan kimono...mereka akan mengadakan persembahan pada hari ini..
Di gerai pasukan pengakap... sentiasa siap sedia..
Di gerai kelab komputer...peralatan-peralatan komputer.
Puan Chong Mun Lan....Ketua jawatankuasa penyampai hadiah..
begitu anggun dengan kebaya pendek dan berkain batik..

Barisan guru-guru yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis AC dan hari Koko

gadis pembawa bunga manggar..

Dua orang kuat majlis AC dan Hari KOko...Puan Banilawazi dan Encik Aziz

Puan Pengetua mengiring tetamu VIP..Tn Hj Abd Aziz melawat ke gerai-gerai pameran.
Pelukis jemputan..Hamidon Ahmed..presiden angkatan Pelukis Darul Ridzuan...menyerikan gerai pendidikan seni visual.
Tn Haji Abd Aziz sedang melawat gerai PSV
Gerai pelajar Rancangan Khas.
Gerai robotik..selepas membuat demonstrasi di depan tetamu..
Di gerai Pusat Sumber...Pameran Agensi Anti dadah..walaupun lambat tiba, tapi mendapat sambutan dari para pelajar..baru saja dibuka terus diserbu pelajar..

Ada yang bertanya dengan pegawai-pagawai yang mengawas pameran.
Info-info yang menarik dan bermaklumat dari pameran agensi anti dadah.
Majlis Anugerah Cemerlang tak dapat saya ikuti sepenuhnya..kerana sibuk di gerai pameran. Walaubagaimana pun gambar-gambar akan cuba saya dapatkan dari kelab fotografi untuk dikongsi bersama.
Walaubagaimana pun saya kena berada di pentas untuk menerima dua anugerah. Satu untuk peningkatan matapelajaran dan satu lagi untuk pencapaian 100%..
Barisan guru-guru yang berbaris untuk menerima anugerah masing-masing...Puan Farouwahida paling gembira kerana 3 kali naik pentas untuk tahun ini...syabas Puan Farouwahida....
Izwan...datang dari MCKK untuk menerima anugerah pelajar cemerlang PMR dengan 9A..
Kedua ibu bapanya turut hadir di majlis ini..
Encik Thong...dengan siaraya tak boleh dipisahkan. di belakang guru-guru yang turut menjayakan majlis gilang-gemilang ini...
pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang pmr.
penerima anugerah PMR..
Barisan pelajar penerima anugerah cemerlang spm

Penerima anugerah cemerlang STPM




























Wednesday, April 28, 2010

Persiapan akhir Majlis Anugerah Cemerlang...

Rabu : 28hb april 2010
Hari ini , seluruh warga Raja Chulan bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum berlangsungnya majlis Anugerah Cemerlang yang akan diadakan esuk..

Guru-guru yang menjalani latihan praktikum, sedang bertungkus lumus menyiapkan mural di hadapan dewan....ermmm sempat ke siap ???
Pelajar sidang petang turun membantu membersihkan karpet...rajin-rajin belaka mereka ni..

Pelajar dari kelab Sains sedang mengecat pagar untuk taman herba...


Persiapan untuk tempat jamuan VIP...dari pagi bawa ke Petang...
Kantin sekolah bertukar wajah.



Pelajar-pelajar asrama di bawah pengawasan En Husni...sedang menyusun peralatan gamelan.
Encik Husni bertanggungjawab mengemas dewan ini untuk para tetamu..
TERIMA KASIH WARGA SMKRC...
ANDA ADALAH YANG TERBAIK




Tuesday, April 27, 2010

Peserta Catur kita Mara......Syabass...

27 hb April 2010..
Hari ini kita mendapat berita gembira, kerana peserta catur kita berjaya ke peringkat Negeri Perak pada 7 hingga 10 mei ini di Sekolah Menengah Teknik Grik. Pelajar yang mewakili sekolah ini ialah Naimah dari Kelas 5RK..Kita sepatutnya berbangga kerana beliau mendapat tempat ke 2 dari 54 buah sekolah.

Menang Naib Johan Syarahan ..MTQ peringkat negeri Perak.

Isnin 26hb April 2010..
Sekolah sekali lagi mendapat berita gembira di atas kejayaan pelajar kita Mohd Syafiq bin Haslan.. di dalam pertandingan syarahan Majlis Tadarus al Quran peringkat Negeri Perak..
Syafik, pelajar dari tingkatan 3KA, mendapat Naib Juara Syarahan di pertandingan tersebut..
Oleh yang demikian, di perhimpunan rasmi Syafik diminta menyampai syarahan tersebut di hadapan para pelajar dan guru-guru...
Tahniah Syafik..Kami berbangga dengan kejayaan anda....
SMKRC BOLEH...!!!

Friday, April 23, 2010

Kunjungan bekas pelajar...

Sabtu, 24hb April 2010.

Sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer dari Pengarah Yayasan Perak...sekolah juga menerima kunjungan dari bekas-bekas pelajar Sekolah Raja Chulan ..

Antara bekas pelajar SMK Raja Chulan ialah Tuan Pengarah Yayasan Perak.. Encik Jamil bin Kasah..Beliau dan Puan Pengetua pernah bersekolah di sini pada tahun 1976 di dalam tingkatan 6 rendah dan 6 atas..

Juga bekas pelajar sekolah ini ialah Encik Zainul, dari Jabatan Pendidikan Perak.


YDP PIBG juga adalah bekas pelajar...



Puan Pengetua meyampai cenderahati kepada bekas-bekas pelajar..




















Sessi memberi motivasi atau usrah kepada pelajar-pelajar yang hadir..









Semoga segala usaha murni diberkati Allah SWT..
dan SMKRC terus dimercu kejayaan.....