Pages

Thursday, January 21, 2010

SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PUSAT SUMBER...

Tahun 2010 ini, bolehlah dikatakan tahun yang mencabar bagi saya kerana saya dilantik menjadi guru media merangkap guru Pusat Sumber Sekolah.....( bukan saya yang minta ye...). dan amanah ini saya terima dengan fikiran yang positif untuk kebaikan semua terutama anak-anak didik saya di SMK.Raja Chulan, Ipoh. Terima Kasih tak terhingga kepad Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajah Robitah Alang Ahmad, yang memberi amanah ini kepada saya...

Sebelum memegang jawatan ini saya hanya guru pembantu biasa yang tak banyak menyumbang tenaga di Pusat Sumber ini kerana selama ini ia diurus dengan baik oleh Puan Zuraini Che Imbi yang dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Tingkatan 6.
Sebagai guru PSS yang baru beberapa perubahan ingin saya lakukan dan pertama ingin saya ubah ialah suasana di dalam PSS ini.....Gambar di atas masih belum ada perubahan yang banyak.

Rak majallah ini saya ubah ke depan, supaya lebih ramai yang boleh membaca majalah...(Saya pun suka membaca majalah...)


Benda pertama saya nak cantikkan ialah meja kaunter ni......Dah siap sikit, nanti saya upload wajah terbarunya....(belum bersapu dan dibersihkan...tunggu pengawas pusat sumber) Oh ya...lantikan pengawas pusat sumber yang baru telah diadakan semalam 21/1/2010. Diadakan lebih awal dari tahun-tahun sebelumnya, kerana pengetua sekarang akan berpindah ke sekolah baru. Dan kita akan menerima pengetua yang baru...




Tempat membaca suratkhabar untuk guru-guru....Dah berubah tempat. ( Cantik juga kalau ada tikar atau karpet kan..???? or any suggestion..???)




Dan sayalah guru Pusat sumber sekolah yang baru.....Kepada semua bantulah saya, kerana inilah pengalaman saya mengurus Pusat Sumber....banyak perkara yang saya tidak tahu, dan banyak perkara yang saya harus lakukan........Harap maaf segala kekurangan...Dan terima kasih kerana memahami......




















4 comments:

  1. awat hang eja majalah = majallah? haha.

    ReplyDelete
  2. apalah jenal. tak baik panggil cikgu 'hang'.. hahah

    ReplyDelete
  3. kesilapan ejaan boleh diperbetul...
    kesilapan kata maaf dipinta....

    ReplyDelete