Pages

Sunday, September 5, 2010

Sambutan Bulan Patriotik.

Seperti tahun-tahun sebelumnya... Tahun ini, sekolah juga menyambut bulan patriotik secara rasmi di tapak perhimpunan.. Tetamu yang dijemput ialah
Encik Norazman, seorang ahli jemaah nazir yang juga bekas pelajar SMK Raja Chulan...
Antara isi ucapan dan ceramah beliau ialah...bagaimana untuk mengisi kemerdekaan ini, terutamanya bagi generasi muda dan belia khususnya para pelajar..
Beliau turut memberi contoh kejayaan beberapa rakyat Malaysia di mata dunia, seperti Dato Nicol David , pemain nombor satu dunia dalam bidang squash dan Dato Dr Syeikh Muzaffar, angsawan Malaysia yang pertama...
Sebagai bekas pelajar, beliau juga cukup teruja untuk menyampaikan ceramah dan ucapan beliau untuk pertama kalinya selepas meninggalkan sekolah.

Melafazkan ucapan keramat " MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA..."
Memukul gong merasmikan majlis yang begitu bermakna...
Cenderahati disampaikan sebagai tanda terima kasih.
Menandatangani buku pelawat.

No comments:

Post a Comment