Pages

Wednesday, March 24, 2010

Tip untuk kejayaan....1

Hari ini saya akan mulakan tip-tip untuk berjaya dalam peperiksaan dan dalam apa juga bidang yang anda ceburi.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah ...

TETAPKAN MATLAMAT!!!!!
- Tetapkan matlamat maksudnya, anda menetapkan tahap pencapaian yang anda inginkan. Contohnya ..mendapat 9A atau 10A di dalam SPM.
- Tetapkan matlamat juga dikatakan menetapkan cita-cita atau impian. Contohnya ingin melanjutkan pelajaran di Universiti atau bidang yang kita cita-citakan.
Ini adalah kisah benar yang berlaku semasa saya di Universiti...
Semasa di Universiti, saya selalu tertekan dengan hasil kerja kawan-kawan yang lebih baik dan cantik. Sekaligus, saya tidak mahu mengecewakan harapan orang tua saya di kampung..
Oleh itu, saya tampalkan di meja belajar saya satu ayat yang saya akan pandang setiap hari...
Ayat itu berbunyi...
" I want to be the best among the best"
Hasilnya tanpa diduga saya telah dipilih sebagai pelajar terbaik bagi jabatan saya semasa konvokesyen menerima diploma saya....
OK....TETAPKAN MATLAMAT ANDA SEKARANG...Dan mulakan langkah seterusnya....

No comments:

Post a Comment