Pages

Tuesday, July 19, 2011

Minggu Bahasa.


Pada bulan Julai ini, selepas sahaja selesai Ujian Bulanan, pelajar-pelajar sudahpun mendapat keputusan masing-masing. Hari isnin yang lalu, satu majlis rasmi telah diadakan untuk melancarkan bulan bahasa yang menggabungkan kerjasama dari panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina, dan Bahasa Jepun. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah diadakan pada waktu perhimpunan dan juga di sudut bacaan yang berdekatan dengan kantin. Pelajar-pelajar akan dapat mencungkil bakat untuk mempertingkatkan diri dan menguasai rasa takut mahupun malu di hadapan orang ramai.



22hb Julai 2011,
kelas 5T telah mengadakan persembahan drama daripada English Literature Text Book Form 4 yang bertajuk Gulp & Gasp. Melodrama ini mengisahkan tentang seorang penjahat dan kedekut yang bernama Lord Septic, dia tergila-gilakan kuasa dan kekayaan. Crouch, hamba kepada Lord Septic, seorang yang pembuli besar. Rose pula seorang gadis buta yang kesusahan bertemu dengan seorang hero, Percy. Mereka dilamun cinta dan Percy menyelamatkan Rose dari kematian berdarah di landasan keretapi. Kemudian, Percy dapat tahu bahawa dia adalah waris kepada Gatsby Gold dan dikenali sebagai Sir Percy. Akhirnya, Lord Septic kehilangan segala-galanya...

Saat cinta pandangan pertama Percy dengan Rose.

Luahan isi hati cinta Percy terhadap Rose.

Persembahan lagu 'Just the way you are'..

Tahniah diucapkan kepada kelas 5T yang membuat persembahan yang sungguh unik
& BEST!

No comments:

Post a Comment