Pages

Tuesday, February 22, 2011

Keputusan STPM 2010

Hari Isnin 21 Februari yang lalu, keputusan STPM 2010 telah pun keluar.
Tahniah kepada para pelajar Tingkatan 6 batch tahun 2010 yang telah mendapat keputusan cemerlang. Ada yang gembira dan ada juga yang sedih. Alhamdulillah, tahun ini 100% LULUS.

Kejayaan yang dimiliki adalah hanya sebagai tiket untuk menempatkan diri kita melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Masih banyak lagi rintangan dan cabaran yang perlu diharungi pada masa akan datang. Jangan sesekali berputus asa!













Sepanjang masa perlu bersyukur
Sedikit kejayaan usahlah takbur
Tersilap langkah semuanya lebur
Payahlah nanti untuk berundur.

Ucapan tahniah untuk semua
Terus berlari mengejar cita-cita
Balas pengorbanan ibu dan bapa.

Saturday, January 29, 2011

PORTAL RASMI SEKOLAH.

Portal Rasmi sekolah telah mula beroperasi melalui laman web :

www.smkrajachulan.net

PENDAFTARAN PELAJAR 1RK dan 1KAA


Jutaan terima kasih kepada Puan Farizah kerana memuatturunkan
gambar-gambar ini di dalam facebook.
16 hb Januari 2011.. adalah tarikh pendaftaran pelajar-pelajar baru 1RK dan 1KAA. Mereka adalah sebahagian dari pelajar-pelajar yang terpilih untuk masuk di dalam kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama.


Bermula dengan pendaftaran pelajar seawal 8.00 pagi. Ibu bapa turut serta menghantar dan mendaftar anak-anak mereka.



Taklimat dari pegawai PPD

Ucapan dan penerangan dari Puan Pengetua..


PK HEM dan PK Koko yang baru....

Sebahagian guru yang terlibat... terdiri dari warden asrama, penyelaras KAA dan PK Koko
tingkatan 6 ...

Akhir sekali pelajar dibawa ke asrama memilih katil dan almari untuk mereka guna sepanjang tahun....

SELAMAT MENJADI WARGA SMK RAJA CHULAN.

Sekolah bercuti seminggu..



Sempena Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina
semua guru dan pelajar akan bercuti dari 31 Januari hingga 6 Febuari 2011


SELAMAT TAHUN BARU CHINA