Pages

Thursday, April 28, 2011

Promosi buku Pusat Sumber.

Tahniah kepada pengawas-pengawas Pusat Sumber sekolah yang berjaya mempromosi buku-buku setiap pagi Isnin, di perhimpunan rasmi.

Saturday, April 23, 2011

Salam Perpisahan....Untuk Puan Hajah NorAzlah

Puan Hajah Norazlah bt Hamzah....akan memulakan tugas di sekolah baru iaitu SMK Convent, Jalan Sultan Idris Shah. Ipoh mulai 16 hb April 2011. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini  hampir 24 tahun iaitu semenjak tahun 1986. Beliau adalah antara guru yang paling lama berkhidmat di sini.
Kepada Puan Hajah Norazlah...semoga gembira di tempat baru.

Tuesday, April 12, 2011

Pelancaran Minggu Sains dan Matematik. 11 April 2011

 Isnin 11. April 2011 satu majlis pelancaran sempena Minggu Sains dan Matematik diadakan diperhimpunan rasmi. Majlis pelancaran yang diterajui oleh jabatan Sains dan Matematik serta Kelab Sains dan Matematik yang dipimpin oleh Ketua Bidang.. Puan Mariam






Cheow Yeong Yow selaku pengerusi kelab Sains dan Matematik memberikan ucapan sempena program yang dijalankan.

Ucapan yang disampaikan oleh Puan Mariam Guru Kanan Sains, selaku pembimbing dan peneraju program Minggu Sains dan Matematik.
Ucapan perasmian oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Saadiah bt Alang Abdullah

Gimik perasmian yang menarik perhatian semua penonton

Puan Pengetua diiringi Puan Mariam dan Saudara Yeong Yow




Dengan belon pelbagai ujikaji boleh dilaksanakan....aktiviti yang menarik...

Ledakan 'gunung berapi'


Memasukkan telur ke dalam bikar....



Pelancaran roket ke udara...... semua mata tertumpu ke udara....

Persatuan Sains dan Matematik bersama guru-guru dan Ketua Bidang Sains yang sama-sama menjayakan pelancaran minggu sains dan matematik.


Gambar-gambar : Sumber dari Dillon Chong.

Wednesday, March 23, 2011

KEPUTUSAN SPM...2010

23 hb Mac.... Hari yang dinanti-nantikan tiba. Keputusan SPM 2010 akan diumumkan..Bukan sahaja pelajar-pelajar yang menjadi calon pada tahun tersebut berdebar... malah guru-guru juga..
Debaran menanti keputusan disampaikan.
Puan Pengetua menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya... Pencapaian kita pada tahun ini ialah 95.84 %.. dan dua orang pelajar mendapat straight A's
Mohammad Nazran ..pelajar yang mendapat 10 A











Pelajar-pelajar menanti giliran untuk menerima keputusan mereka.

Bekas pelajar 5K mengambil keputusan mereka dari Puan Aishah yang merupakan guru tingkatan mereka tahun sudah.

Tak sabar nakmengetahui keputusan yang ditunggu sekian lama....


Kepada semua pelajar yang berjaya diucapkan tahniah dan semoga terus berusaha ...
yang gagal jangan putus asa..teruskan berusaha...
Tahniah untuk semua warga SMK Raja Chulan....anda yang terbaik..!!!!!








Kejayaan milik kita.....


Puan Hajah Saadiah diapit oleh Puan Robitah dan Puan Ruhaida.... menunjukkan sijil penghargaan yang diterima dari JPN... kerana pencapaian dari segi Kualiti, kuantiti dan GPS dalam peperiksaan SPM 2010 yang baru diumumkan.. Peratus pecapaian dalam SPM ialah 95.84 %

Sijil penghargaan yang diterima.

Guru-guru bertungkus lumus menyiapkan analisis keputusan sebelum menyerahkan keputusan spm kepada pelajar-pelajar.

Syabas semua warga SMKRC !!!!! ...kita telah berjaya....