Pages

Wednesday, December 21, 2011

Keputusan PMR 2011.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba...
TAHNIAH diucapkan kepada semua warga SRC kerana sekolah kita telah mendapat lompatan saujana yang begitu luar biasa dalam PMR bagi tahun 2011, dan juga kepada 18 calon yang mendapat 'Straight As'. Kepada calon yang mendapat keputusan gred yang sederhana mahupun tidak 'straight' seperti yang disangka, janganlah bersedih. Teruskan maju dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kecemerlangan yang riang. Mudah-mudahan akan dapat mencapai keputusan yang membanggakan dalam SPM pada tahun akan datang. Segala-galanya di tangan anda dan andalah yang menentunya..
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar Tingkatan 3!

Monday, October 3, 2011

PMR 2011.

Peperiksaan Percubaan SPM & STPM telah pun habis...
berehatlah pula calon-calonnya.
Mengambil masa untuk mengulangkaji dan
bersedia 100% untuk
peperiksaan yang sebenar SPM & STPM.

Bagi bulan Oktober ini pula,
Selamat menjawab peperiksaan Menengah Rendah kepada
semua calon-calon Tingkatan 3.

Selamat Maju Jaya!

Tuesday, September 6, 2011

Peperiksaan Percubaan SPM & STPM ..

 ..bagi tahun 2011.

Cuti Raya telahpun berakhir... maka bermulalah peperangan kita sebagai calon-calon SPM & STPM.
Berusahalah bersungguh-sungguh dan hadapilah dengan elok-elok.
Selamat menjawab &.. 
Semoga berjaya!

SUKSES! SUKSES!

Monday, August 15, 2011

1 Malaysia; Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Hari ini sekolah kita telah mengadakan majlis rasmi bagi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54. Majlis dimulakan dengan persembahan dari kelas 1KAA yang mengisahkan 4 gadis sedang bermimpi tentang pejuang-pejuang berusaha untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajahan warga asing, maka bermulalah pengisytiharaan kemerdekaan di tanah air kita. Sempena bulan patriotik ini, sekolah kita akan mengadakan pelbagai aktiviti dan program bagi pelajar-pelajar SMKRC. Ayuhlah kita bersemangat untuk berjuang demi mencapai kejayaan! MERDEKA!

Friday, August 12, 2011

Bacaan Yassin dan solat hajat.

Hari ini di waktu pagi yang indah, sekolah kita telah mengadakan bacaan Yassin dan solat sunat hajat sempena menempuh peperiksaan percubaan SPM dan STPM di dewan Aspura.
Mudah-mudahan segala doa yang dihajatkan akan termakbul.. kepada calon-calon SPM dan STPM, berusahalah demi masa depan dan belajarlah bersungguh-sungguh tanpa berputus asa..