Saturday, February 13, 2010
Saturday, February 6, 2010
Mini Marathon dan ganti cuti...
Sabtu, 6 Febuari 2010, warga SMKRC hadir ke sekolah kerana menggantikan cuti pada Tahun Baru Cina disamping menjalankan program aktiviti Mini Marathon....
Pelajar menunggu di dataran Kejat sebelum acara bermula...
Taklimat diberikan oleh En Amir Adli merangkap setiausaha sukan tentang perjalanan acara dan perkara-perkara yang perlu dielak oleh pelajar..
Barisan guru-guru lelaki yang telah bersiap sedia.

Acara memanaskan badan untuk pelajar-pelajar lelaki.

Instruktor sesi memanaskan badan diketuai oleh guru pelatih dari UPSI.
Bukan acara tarian ye....
Guru wanita bersama pengetua turut serta dalam acara memanaskan badan.
Acara memanaskan badan untuk pelajar wanita. Barisan hadapan terdiri dari guru-guru SMKRC yang begitu bersemangat...
Pelajar perempuan...sempat berposing....
Aduhh....letih juga nak angkat kaki ni.......ahhhh...!!!!
Instruktor untuk acara ini...guru pelatih dari UPSI...terima kasih kerana sumbangan tenaga anda...
Puan Mehrul....begitu bersemangat...

Walaupun matahari pagi kian menyinar, semangat dan kegigihan para pelajar tidak luntur...
Puan Hajar dan Cik Azila....bersedia ke Check Point..
Pelajar lelaki berbaris mengikut kategori untuk memulakan larian.. yang dilepaskan oleh Puan pengetua.

..dan mula.......Mini marathon ke atau pecut 100 meter ???...
Apa hal ni....baru mula dah nampak lemah....

Apa hal ni....baru mula dah nampak lemah....Friday, February 5, 2010
Perbetulkan tatabahasa anda...
Petikan di bawah saya ambil dari blog Uthaya Sankar, seorang penulis bukan Melayu yang tersohor di Malaysia...
Anda berasal daripada perak?
Saya belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Aulong dan Sekolah Menengah Darul Ridwan, Taiping; seperti yang saya ceritakan – antara lain – dalam cerpen “e-mel untuk anda” (Kathakali, 2009).
.
Hukum bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) yang saya pelajari (tanpa berorientasikan peperiksaan) pada zaman persekolahan terus kekal dalam ingatan dan menjadi panduan kepada saya dalam urusan seharian – sebagai penulis, pembaca, penyunting, pensyarah dan pembimbing bengkel penulisan.
.
Misalnya, berkaitan penggunaan kata sendi “dari” dan “daripada”. Berikut petua dan panduan mudah yang saya gunakan sejak sekolah rendah:
.
Kata sendi “dari” digunakan apabila kita boleh menjawab pertanyaan “dari mana?” dan “dari bila?” manakala kata sendi “daripada” digunakan dalam semua situasi lain.
.
Secara lebih khusus, kata sendi “dari” digunakan apabila merujuk pada “masa,” “tempat,” “arah” dan “sudut”.
.
Masa – Pameran itu berlangsung dari (masa/bila) 29 Januari hingga 1 Februari 2010.
.
Tempat – Saya berasal dari (tempat/mana) Perak.
.
Arah – Burung itu terbang dari (arah/mana) utara ke selatan.
.
Sudut – Perkara ini perlu dikaji dari (sudut/mana) perspektif sejarah.
.
Secara khusus, kata sendi “daripada” pula digunakan apabila merujuk pada “asal/sumber,” “perbandingan,” “pemberi/pengirim,” “sebahagian,” “mencegah” dan “perubahan”.
.
Asal/sumber – Rantai ini diperbuat daripada (asal/sumber) perak.
.
Perbandingan – Buah durian lebih besar (perbandingan antara dua atau lebih objek) daripada buah rambutan.
.
Pemberi/pengirim – Adik gembira menerima hadiah daripada (pemberi/siapa) ayah. Kakak gembira menerima surat daripada (pengirim/siapa) tunangnya.
.
Sebahagian – Tiga (sebahagian, bukan semua) daripada pelajar kelas ini tidak tahu membaca.
.
Mencegah – Kita perlu menjauhkan diri (mencegah/negatif)daripada dadah.
.
Perubahan – Berat badan saya bertambah (perubahan pada objek yang sama) daripada 50 kilogram kepada 70 kilogram dalam masa dua bulan.
.
Panduan dan petua penggunaan kata sendi “dari” dan “daripada” yang saya gunakan sejak sekolah rendah, kini saya catatkan di blog ini supaya senang dirujuk kalau saya ditakdirkan terlupa pada usia tua!
Paparan Minda Uthaya Sankar SB pada 7:00 AM 0 komen
Reaksi Pembaca:
Thursday, February 4, 2010
Thursday, February 4, 2010
RAJINNYA PENGAWAS PSS.....
Selasa 2 Febuari 2010...Pengawas-pengawas Pusat Sumber Sekolah...membuat gotong royong mengemas dan menyusun buku-buku di Pusat Sumber. Ini adalah kali kedua gotong royong yang dijalankan...
Memanjat tangga untuk memasang jam yang dihadiahkan oleh Mantan Pengetua SMKRC, Puan Halimaton.
Dua pengawas PSS sedang menyusun buku-buku ke rak mengikut kategori, supaya mudah dicari dan dibaca oleh pelajar-pelajar.
Proses membalut dan memberi kod kepada buku-buku baru..
Menyusun dan mengasingkan buku-buku mengikut kategori-kategori tertentu...
Suasana di Pusat Sumber pada hari tersebut...Pujian harus diberikan kerana mereka memang benar-benar rajin dan bertanggungjawab....

Bayangkan kalau buku-buku ini tidak disusun dan dikemas ..Bagaimana pelajar-pelajar hendak mencari dan meminjam buku-buku ini...

Terima Kasih Pengawas-pengawas Pusat Sumber.....
Labels:
pusat sumber.
Subscribe to:
Posts (Atom)