Pages

Saturday, October 9, 2010

PMR bermula...

Mulai 5hb Otober 2010.... bermulalah perjuangan bagi
calun-calun yang menduduki peperiksaan
PENILAIAN MENENGAH RENDAH atau PMR.

Kepada semua calun...
didoakan semoga
dapat menjawab dengan baik dan berjaya
di dalam peperiksaan ini nanti.

Kami semua warga SMKRC mendoakan kejayaan anda semua...!!!!


Friday, October 8, 2010

Pengetua....Pendorong Kejayaan Anak-anak Didik di SMKRC


Semua mengakui..tubuhnya memang kecil, tapi semangatnya begitu besar....
Itulah Puan Pengetua yang kita kagumi...
Pelbagai Idea, program dirancang demi kejayaan anak-anak pelajar
warga SMK Raja Chulan..


Beliau turut turun padang memberi kata-kata semangat dan dorongan,,
memberi tips-tips yang amat berguna.


Sentiasa di barisan hadapan demi kepentingan pelajar-pelajar...


Memberi contoh kepimpinan dan keterampilan dalam apa juga keadaan.

Mendekati anak-anak pelajar dari hati ke hati...
mata ke mata... bersua muka.

Bersederhana dalam segala... tapi masih sopan, anggun dan bergaya..


Mendekati pelajar-pelajar tidak mengira masa.



Tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun rupa..


Terus berdoa dan mengharap untuk kejayaan semua anak-anak didik...

Jamuan Hari Raya..


Selepas majlis sholat hajat dan bacaan Yassin, Puan pengetua dengan rendah hati menyampaikan amanat terakhir beliau kepada calun-calun, berupa tip-tip yang boleh membantu para pelajar di saat-saat akhir menghadapi peperiksaan.

Beliau sempat memberi kata dorongan dan peransang kepada pelajar-pelajar...



Jamuan sempena Hari Raya.. diadakan dihujung acara. Sebahagian ibubapa yang hadir sedang menjamu selera.

Guru-guru turut sama menjayakan majlis yang serba sederhana.


Gambar-gambar : Terima kasih kepada Puan Alang Rahmah.

Majlis bacaan Yassin dan sholat hajat

25 September 2010, Majlis bacaan yassin dan sholat hajat sempena menempuh peperiksaan awak PMR, SPM dan STPM diadakan di dewan ASPURA.. Majlis didahulukan dengan pendaftaran ibubapa pelajar yang hadir.
Puan Hajah Saadiah... antara tunggak kejayaan dan pencetus idea bagi program-program motivasi dan kecemerlangan, termasuklah program bacaan Yassin dan
sholat hajat.

Sebahagian ibu dan pelajar yang hadir pada hari tersebut.

Ustaz Nik Abdul Malek, memberi tazkirah dan panduan mengerjakan sholat hajat...
Datang dengan harapan dan tawakal, berserah kepada Allah SWT, moga segala hajat dan impian dipermudahkan dan tiada sebarang kecelakaan menimpa setiap calun....

Saf bahagian wanita...mengaminkan doa.

Bacaan Yassin..sebahagian usaha dan tawakal kita demi kejayaan anak-anak didik dan anak-anak kita...
AMIN!!!!

Gambar: Terima kasih kepada Puan Alang Rahmah..

Saturday, October 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
DARI SEMUA WARGA SEKOLAH
KHUSUSNYA
PUSAT SUMBER SEKOLAH..