Pages

Thursday, April 28, 2011

LADAP - PELAN STRATEGI

 23HB April 2011, Latihan dalam Perkhidmatan atau LADAP diadakan di bilik Gerakan sekolah. Penceramah yang menyampaikan slot LADAP  untuk kali ini adalah Puan Pengetua sendiri..
 Puan Pengetua, Puan Hajah Saadiah bt Alang Abdullah.
 Guru-guru yang hadir .
 Guru-guru lelaki..khusyuk dengan penerangan yang diberikan.
En Soleh.. warga guru paling baru... turut memberi respond apabila diminta

Program " LET'S READ TOGETHER"

 23HB April 2011, satu program "LET"S READ TOGETHER"..anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam, Jalan Raja Dhilir,..diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
 5 orang pelajar SMKRC turut sama menyertai untuk menjayakan  program tersebut.
 Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan. Antaranya membaca buku beramai-ramai dan memberi ulasan buku yang dibaca.
 Program membaca beramai-ramai.
 Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam, turut sama menjayakan program yang diadakan setiap tahun.
Setiap peserta dihadiahkan sebuah buku untuk dibaca.

Promosi buku Pusat Sumber.

Tahniah kepada pengawas-pengawas Pusat Sumber sekolah yang berjaya mempromosi buku-buku setiap pagi Isnin, di perhimpunan rasmi.

Saturday, April 23, 2011

Salam Perpisahan....Untuk Puan Hajah NorAzlah

Puan Hajah Norazlah bt Hamzah....akan memulakan tugas di sekolah baru iaitu SMK Convent, Jalan Sultan Idris Shah. Ipoh mulai 16 hb April 2011. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini  hampir 24 tahun iaitu semenjak tahun 1986. Beliau adalah antara guru yang paling lama berkhidmat di sini.
Kepada Puan Hajah Norazlah...semoga gembira di tempat baru.