Diambil dari Buletin Pengetua "Warkah Untuk Warga" bil 1/2010.
TIPS PENGETUA :
" Berjalan beberapa langkah dengan isteri yang cerewet mungkin lebih meletihkan berbanding berjalan berpuluhpuluh kilometer dengan insan yang menyenangkan "
Komen Pengetua...
Elakkan tabiat cerewet tidak menentu. Akibatnya kita bakal dibenci oleh rakan-rakan...
" Unsur terkecil yang bertenaga besar pada diri manusia adalah penemuan dan pemahaman diri, kerana dari sanalah segala cita-cita tercapai."
-Albert Einstein.
Komen Pengetua ...
Temuilah diri sendiri dan fahamilah ia...Insyaallah anda akan berjaya.
" Jangan bersedih kerana usia anda yang sebenarnya adalah kebahagian dan ketenangan hati anda. Olah sebab itu jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya TUHAN tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan usia "
Komen Pengetua....
Orang berjaya tidak menjadikan masalah sebagai malapetaka, sebaliknya masalah dianggap sebagai peluang untuk membaiki diri.
Petikan: Dont Be Sad
Tuesday, March 2, 2010
Monday, March 1, 2010
Keputusan STPM..
Tahniah kepada semua guru-guru tingkatan 6 di atas kejayaan mencapai 100% dalam keputusan STPM baru-baru ini..
SEMOGA TERUS MAJU JAYA.....
Labels:
stpm
Thursday, February 25, 2010
guru-guru yang berdedikasi....
Bila tiba musim sukan...antara yang sibuk ialah guru-guru.......Balik sahaja dari sekolah, dah kena bersiap datang balik ke sekolah untuk bertugas di bawah bahang matahari.......
Puan Sabariah, Puan Wardah dan Puan Alang Rahmah....menjadi hakim penamat pada hari ke tiga pra sukan.... Puan Alang sempat lagi mengambil gambar-gambar untuk dokumentasi dan majalah sekolah....
Semua warga sekolah harus mengakui...Guru inilah paling sibuk sepanjang musim sukan ini dijalankan....Puan Azlah merangkap penolong setiausaha sukan tahun ini. Saya kagum dengan kegigihan, dedikasi dan komitmen beliau dengan tugas ini.....

Tidak dinafikan... Salah seorang guru yang penting dalam menentukan kejayaan perjalanan sukan tahunan sekolah ini.... Setiausaha sukan , Encik Amir Adli.. Masih boleh berjenaka, bergurau dan tersenyum walaupun berada di bawah terik matahari. Beliau juga merupakan pelepas bagi acara olahraga yang berlangsung...
Keceriaan masih jelas di wajah, walaupun penat....Puan Norashima, Puan Zuraini, Puan Noraini, Encik Azizi, Encik Husni dan encik Amir..... Petugas-petugas acara hari ketiga , pra sukan.
Pencatat markah temasya sukan kali ini. Puan Farizah, Puan Rafiza bersama Puan Azlah...

Puan Rafiza....masih boleh tersenyum...walaupun letih...
Hakim lompat tinggi perempuan....Puan Hajar, Cik Hamdiah dan Cik Izlin....
Guru Praktikum UPSI ( Maaf saya tak ingat nama ).... Hakim petugas, acara tarik tali.
Pelajar menarik tali...cikgu-cikgu memberi sokongan dan sorakan...
Semangat guru-guru tetap bersama pasukan masing-masing...Tahniah Tun Perak kerana menang pada acara tarik tali ini....
Macam adik dan abang.... Encik Husni dan Encik Amir......
Wah ...tak aci macam ni...ada tukang payungkan.... Encik Husni mesra bersama pelajar.
Turun memberi sokongan kepada pelajar....Puan Rosminah.

Tidak dinafikan... Salah seorang guru yang penting dalam menentukan kejayaan perjalanan sukan tahunan sekolah ini.... Setiausaha sukan , Encik Amir Adli.. Masih boleh berjenaka, bergurau dan tersenyum walaupun berada di bawah terik matahari. Beliau juga merupakan pelepas bagi acara olahraga yang berlangsung...
Puan Rafiza....masih boleh tersenyum...walaupun letih...
Dari jauh macam pelajar... cikgu rupanya... Hakim acara lompat tinggi..
Wednesday, February 24, 2010
Acara Tarik Tali..
....Bertahan.....supaya tidak maju ke hadapan....
Monday, February 22, 2010
Pra sukan bermula....
Labels:
pra sukan
Subscribe to:
Posts (Atom)