Pages

Sunday, April 4, 2010

Latihan Kebakaran..


Khamis 1 April 2010... Untuk pertama kali sekolah mengadakan latihan kebakaran bagi tahun 2010. Kerjasama semua warga SMKRC wajar dipuji...walaupun ia hanya satu latihan.

Tuesday, March 30, 2010

Syabas dan Tahniah untuk warga SMKRC....

Pagi Isnin, 29hb March 2010, seperti biasa perhimpunan rasmi diadakan.Pada pagi tersebut, Puan Pengetua mengumumkan beberapa pencapaian yang telah dicapai oleh warga SMKRC dan telah mendapat pengiktirafan dari pihak PPD.
Anugerah yang diterima antara lainnya ialah anugerah kerana pencapaian STPM 100%.

Seterusnya anugerah Pencapaian Lonjakan Saujana PMR.
Dan di hari yang sama, kita sama-sama berbangga dengan kejayaan pasukan sepak takraw bawah 15 tahun kerana menjadi Johan daerah Kinta di dalam pertandingan yang dilangsungkan minggu sudah...

SYABAS UNTUK SEMUA WARGA SMKRC....
TERUSKAN BERUSAHA SEMOGA KEJAYAAN TERUS MENJADI MILIK KITA.....


Friday, March 26, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Sabtu, 26 hb March 2010 , Mesyuarat Agung PIBG diadakan..

Buku program yang simple dan menarik...

Pentas ,sentuhan guru muda, En Nikman Yahya....

Barisan guru-guru yang hadir..

guru lama dan baru...berganding bahu.
Pendaftaran ibubapa dan guru-guru.

Guru-guru mendaftar kehadiran.
Suasana di dalam dewan sebelum majlis bermula.

Encik Thong dan pembantu...
diantara individu yang sibuk sepanjang mesyuarat dijalankan.

Puan Hajah Farouwahida...
juruacara majlis yang bersuara lunak.


Barisan pentadbir dan Yang dipertua PIBG
Dr. Rosli Sahat memberikan ucapan selaku Yang Dipertua PIBG.
Ucapan yang padat dan berisi, ciri-ciri orang yang berilmu....

Pengetua, Puan Hajah Saadiah selaku penasihat dan perasmi majlis....
Ucapan yang penuh motivasi dan cabaran untuk guru-guru serta ibubapa.

Sebahagian ibubapa yang hadir.

Encik Hariree dan Encik Thong bersama pembantu siaraya.
Encik Hariree bertanggungjawab dengan tayangan slide dan multimedia.
YDP PIBG menerima cenderahati dari Puan Pengetua.

Puan Faridah Akmar yang bakal melepaskan jawatan setiausaha PIBG.
Syabas di atas khidmat sebagai setiausaha yang begitu komited.


AJK-AJK PIBG sessi 2009/2010 menerima cenderamata dari pihak sekolah.



En Kamaruzaman , bendahari PIBG.
Beliau kekal sebagai bendahari untuk sessi yang akan 2010 /2011..

Puan Aniza masih kekal sebagai Ajk PIBG sessi 2010/2011..

Dr Rosli menjadi pengerusi sementara, mesyuarat agong PIBG untuk perlantikan ahli jawatankuasa baru..

Angkatan Jawatankuasa PIBG yang baru....
Syabas kepada Dr Rosli Sahat yang dilantik semula menjadi Yang Dipertua PIBG dan Tn Hj Yaacob yang dilantik menjadi Naib Yang dipertua PIBG juga AJK-AJK yang lain..
Setiausaha PIBG yang baru , Pn Asmawati.
Syabas dan Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik...




Wednesday, March 24, 2010

Tip untuk kejayaan....1

Hari ini saya akan mulakan tip-tip untuk berjaya dalam peperiksaan dan dalam apa juga bidang yang anda ceburi.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah ...

TETAPKAN MATLAMAT!!!!!
- Tetapkan matlamat maksudnya, anda menetapkan tahap pencapaian yang anda inginkan. Contohnya ..mendapat 9A atau 10A di dalam SPM.
- Tetapkan matlamat juga dikatakan menetapkan cita-cita atau impian. Contohnya ingin melanjutkan pelajaran di Universiti atau bidang yang kita cita-citakan.
Ini adalah kisah benar yang berlaku semasa saya di Universiti...
Semasa di Universiti, saya selalu tertekan dengan hasil kerja kawan-kawan yang lebih baik dan cantik. Sekaligus, saya tidak mahu mengecewakan harapan orang tua saya di kampung..
Oleh itu, saya tampalkan di meja belajar saya satu ayat yang saya akan pandang setiap hari...
Ayat itu berbunyi...
" I want to be the best among the best"
Hasilnya tanpa diduga saya telah dipilih sebagai pelajar terbaik bagi jabatan saya semasa konvokesyen menerima diploma saya....
OK....TETAPKAN MATLAMAT ANDA SEKARANG...Dan mulakan langkah seterusnya....

Tuesday, March 23, 2010

Salam Perpisahan...Puan Wardah.

Cuti sekolah baru saja berlalu....Persekolahan bermula semula. Tetapi kali ini kita akan kehilangan seorang guru yang begitu berdedikasi dan komited di dalam kerjaya perguruan..iaitu Puan Wardah Hj Zakaria. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Sains di SMK Bandar Baru Putra yang baru dibuka awal tahun ini...
Kepada Puan Wardah kami warga SMKRC mengucapkan TAHNIAH dan semoga gembira di tempat baru.....