
Saturday, April 10, 2010
LADAP - Mengapa aku Stress....
Sabtu, 10hb April 2010 : Semua guru diwajibkan menghadiri Latihan dalam Perkhidmatan atau lebih di kenali dengan nama ringkasnya LADAP.

Kali ini agak istemewa kerana penyampai dan fasilitator untuk bengkel adalah Puan Pengetua, Puan Hajah Saadiah sendiri...Tajuk ceramah yang pertama yang disampaikan oleh Puan Pengetua ialah 'Mengapa Aku Stress...."
Puan Rosmawar menjadi Pengerusi majlis untuk kali ini.

Labels:
ladap
Friday, April 9, 2010
Tip Kejayaan 2
Untuk berjaya anda juga harus mengikut tip yang berikut ;
- Berguru
Berguru bermaksud anda perlu ada guru apabila anda belajar sesuatu perkara... apa sekali pun yang anda hendak pelajari berguru adalah penting contohnya membuat kek, bersilat dan sebagainya....
Biar apa pun mata pelajaran yang anda pelajari...memberi perhatian semasa guru mengajar adalah penting. Kerana apa yang guru-guru anda ajarkan adalah mengikut sukatan dan akan keluar semasa peperiksaan. Walaupun ada akan mengambil peperiksaan di peringkat apa pun ( sekali pun sedang mengambil Phd )...mendengar pandangan guru adalah rahsia terbaik untuk mendapat keputusan yang baik..
Kerana guru anda lebih tahu apa yang terbaik untuk anda.
- FOKUS
Untuk berjaya dengan cemerlang juga anda perlu fokus. Ertinya memberi tumpuan semasa guru mengajar. fokus juga minat yang berterusan...
Kejayaan Pelajar Lagi....
Hari sabtu, 3 hb April telah diadakan satu pertandingan MTQ atau Majlis Tadarus Al-Quran.... Yang menggembirakan pelajar-pelajar kita telah berjaya di dalam pertandingan tersebut. Pelajar -pelajar yang berjaya..
Kategori Tilawah Al-Quran :
1. Nur Ateeqah bt Abd Aziz - Johan
2. Mohd Khairi bin Mohd Nasir - Naib Johan
Kategori Hafazan Al-Quran
1. Nurul Nadia bt Ruslan - ketiga
2. Muhammad Faiz Norasi - ketiga
Kategori Syarahan :
1. Muhamad Syafiq b. Haslam - Naib Johan
2. Nurul Ain bt Kamarul Idzam - saguhati
Satu lagi pertandingan yang disertai pelajar kita ialah pertandingan Halaqah pelajar Sekolah Menengah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Sultan Yusuff , Rapat Setia, Ipoh.
Pertandingan Pidato - Johan
- Khairun Nisa Bt Khairul ( 4RK)
Pertandingan membaca Khutbah - sagu hati
- Umirul Hafizi b, Kamarul Idzam ( 3RK)
Pertandingan nasyid - Naib Johan.
di bawah adalah gambar-gambar menerima hadiah masing-masing di perhimpunan sekolah , Isnin, 5hbApril 2010.

Kategori Tilawah Al-Quran :
1. Nur Ateeqah bt Abd Aziz - Johan
2. Mohd Khairi bin Mohd Nasir - Naib Johan
Kategori Hafazan Al-Quran
1. Nurul Nadia bt Ruslan - ketiga
2. Muhammad Faiz Norasi - ketiga
Kategori Syarahan :
1. Muhamad Syafiq b. Haslam - Naib Johan
2. Nurul Ain bt Kamarul Idzam - saguhati
Satu lagi pertandingan yang disertai pelajar kita ialah pertandingan Halaqah pelajar Sekolah Menengah sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Masjid Sultan Yusuff , Rapat Setia, Ipoh.
Pertandingan Pidato - Johan
- Khairun Nisa Bt Khairul ( 4RK)
Pertandingan membaca Khutbah - sagu hati
- Umirul Hafizi b, Kamarul Idzam ( 3RK)
Pertandingan nasyid - Naib Johan.
di bawah adalah gambar-gambar menerima hadiah masing-masing di perhimpunan sekolah , Isnin, 5hbApril 2010.
Sunday, April 4, 2010
Ustaz Nik Abdul Malek....Tazkirah Jumaat/
Tidak dinafikan, Ustaz Nik adah seorang guru yang berkaliber, walaupun tanpa teks ucapan, tazkirah yang disampaikan begitu berkesan di hati dan begitu bermakna untuk kita semua..
Seharusnya kita berbangga ada seorang guru seperti Ustaz Nik Abdul Malek.
Labels:
guru
Buku-buku baru di pusat sumber..
Sejak menjadi Guru Pusat Sumber, satu perkara yang tidak dapat saya elakkan ialah dikejar oleh pembekal buku. Jadi, mulai minggu sudah saya sudah memesan buku-buku yang saya rasa sesuai untuk para pelajar...disamping menambah koleksi buku-buku yang sedia ada.
Antara buku-buku yang telah saya pesan ialah dari kategori fiksyen iaitu novel-novel yang sesuai untuk dibaca oleh remaja dan pelajar-pelajar.
Buku-buku lain yang saya pesan antaranya dari kategori pengetahuan am, motivasi, dan buku-buku agama.
Antara buku yang menarik yang saya sudah lihat sekali lalu ialah buku di atas. Buku yang di atas mengingatkan kita akan peristiwa Tsunami yang berlaku beberapa tahun yang lalu.
Ayuh...!!! berkunjung ke Pusat sumber anda tidak akan kecewa....
p/s : Buku-buku mungkin masih dalam proses ....tunggu, tidak lama lagi akan dibenarkan untuk peminjaman.
Labels:
buku
Subscribe to:
Posts (Atom)