Pages

Friday, April 23, 2010

Kunjungan bekas pelajar...

Sabtu, 24hb April 2010.

Sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer dari Pengarah Yayasan Perak...sekolah juga menerima kunjungan dari bekas-bekas pelajar Sekolah Raja Chulan ..

Antara bekas pelajar SMK Raja Chulan ialah Tuan Pengarah Yayasan Perak.. Encik Jamil bin Kasah..Beliau dan Puan Pengetua pernah bersekolah di sini pada tahun 1976 di dalam tingkatan 6 rendah dan 6 atas..

Juga bekas pelajar sekolah ini ialah Encik Zainul, dari Jabatan Pendidikan Perak.


YDP PIBG juga adalah bekas pelajar...



Puan Pengetua meyampai cenderahati kepada bekas-bekas pelajar..




















Sessi memberi motivasi atau usrah kepada pelajar-pelajar yang hadir..









Semoga segala usaha murni diberkati Allah SWT..
dan SMKRC terus dimercu kejayaan.....


















Yayasan Perak Sumbang Komputer....

Sabtu, 24hb April 2010... Satu majlis khas diadakan sempena penyerahan sumbangan komputer bernilai RM10,000.00 telah disumbangkan oleh Yayasan Perak.
Majlis yang dihadiri oleh Pengarah Yayasan Perak sendiri iaitu Encik Jamil bin Kasah serta Tuan Hj Zainul dari JPN.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abd Malek...


Yang Dipertua PIBG, Dr Rosli bin Sahat memulakan ucapan alu-aluan untuk tetamu dan hadirin.



Puan Pengetua mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang juga merupakan bekas teman-teman persekolahan beliau semasa di tingkatan 6 di sekolah ini. Juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan..... Sesungguhnya pihak sekolah begitu memerlukan sangat komputer untuk menjayakan program SCORE A. Ini adalah salah satu usaha untuk membantu kecemerlangan pelajar...
Antara yang hadir adalah bekas-bekas pelajar yang telah berjaya yang juga rakan-rakan persekolahan Tingkatan 6 dengan Puan Pengetua.
Mereka adalah bekas pelajar tingkatan 6 tahun 1976.
Sebilangan besar mereka telah menjawat jawatan yang besar..

Ucapan dari Pengarah Yayasan Perak, Encik Jamil bin Kasah. Beliau menceritakan serba-sedikit pengalaman bersekolah di sini kepada pelajar-pelajar yang hadir....

Acara yang dinantikan...penyerahan cek sumbangan dari Yayasan Perak.
TERIMA KASIH DAUN KELADI...
JASA MU TUAN KEKAL ABADI....








Tuesday, April 20, 2010

kompang formasi... SMKRC juara peringkat Zon.

Selasa 20hb April 2010...kita sekali berbangga kerana penat lelah jurulatih dan guru-guru serta pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan Kompang formasi berbalas dengan kemenangan menjadi JOHAN peringkat zon. Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian sedang bersedia dengan keyakinan yang tinggi...sebelum acara bermula..
Apa rahsia botol bedak di tangan...... akhirnya terbongkar semasa persembahan.

Encik Mubin....bekas guru di sekolah ini yang kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Ipoh, Ulu Kinta...sebagai ketua hakim.
Dua orang guru yang menjadi Hakim Pertandingan.
Cik Yeoh Lili....orang yang bertanggungjawab di bahagian penghakiman pertandingan.

Pasukan dari Sek Men Raja Perempuan Taayah...
Barisan hakim yang bijaksana, bersedia untuk menjalankan tugas...

Guru -guru yang begitu berdedikasi....Petugas-petugas pertandingan.

Persembahan pertama... Dari Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah...
begitu bergaya dengan persembahan mereka

Salah satu formasi pergerakan yang ditunjukkan.
Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah... tidak kurang memberi saingan..
Salah satu formasi yang menarik ...
Guru-guru SMK Raja Chulan yang turut memberi sokongan kepada peserta sekolah...
Memberi sokongan dengan persembahan yang ditunjukkan...

Pasukan sekolah....keluar dengan hormat dan gaya tersendiri...
Salah satu formasi yang menarik..

Sekali pandang macam berzapin...
dua kali pandang macam sedang bersilat...itulah gerak langkah pasukan kita...
Pertandingan dinilai melalui pergerakan dan paluan kompang....
Siapa yang menonton boleh mengagak pasukan sekolah akan menang....pergerakan yang kemas seiring dengan paluan kompang yang harmoni..

Pertama kali diperkenalkan di sekolah ini....berjaya mencuri hati.

formasi yang menarik...

Kerjasama, usaha, latihan yang bersungguh..... menghasilkan kejayaan..

Formasi sebelum menamatkan persembahan.

Cenderahati diberikan kepada para hakim pertandingan.

guru dari SMK Rapat Setia.

salah seorang hakim yang menerima cendrahati.
Guru Muzik dari SK Sg Rokam , Ipoh.

Pasukan Dari Sek Izzuddin Shah mendapat Naib Johan...

Ketua pasukan Shakur...menerima hadiah dari Puan Pengetua..
Tahniah kerana menjadi JOHAN...




























Monday, April 12, 2010

Kita berjaya lagi....

Isnin 12hb April 2010...
Warga sekolah sekali berbangga kerana kejayaan pelajar kita di dalam pertandingan MTQ di peringkat daerah Kinta Utara. Kali ini kejayaan dilakar oleh Mohd Syafiq dari kelas 3KA, sebagai JOHAN pertandingan pidato. Mohd syafiq akan mewakili daerah Kinta Utara untuk ke pertandingan peringkat Negeri Perak di Hilir Perak tidak lama lagi...

Tahniah untuk Mohd Syafiq.....!!!!