Pages

Saturday, October 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
DARI SEMUA WARGA SEKOLAH
KHUSUSNYA
PUSAT SUMBER SEKOLAH..

Friday, October 1, 2010

Sambutan Akhir Ramdhan....


Jumaat 2hb Ogas 2010.. bertempat di tapak perhimpunan sekolah, berlangsung majlis penutupan dan sambutan akhir Ramdhan...

Majlis diadakan secara sederhana dan didahulukan dengan tazkirah oleh Ustaz Nik Abdul Malek.


Di dalam majlis ini juga diadakan penyampaian sedekah kepada anak-anak yatim dan anak miskin warga Raja Chulan....sumbangan dari guru-guru dan warga Raja Chulan.





Saya mohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan semua gambar kerana terlalu ramai. Sesiapa yang berminat boleh datang berjumpa saya.


Guru-guru yang menjadi tonggak kejayaan program .


En Amir Adli Warden Asrama... yang sentiasa ceria.


En Husni Ariffin yang juga warden asrama.


Barisan guru-guru yang berkeliber..


Majlis bermaafan bersama guru dan pelajar..

Majlis yang menjadi tradisi tahun bertahun di Raja Chulan.


Tidak kira agama dan bangsa...bermaafan kita bersama.


Riang dan ceria... kerana selepas ini mereka akan bercuti dan menyambut hari raya..




Syahdu...ada yang tidak dapat menahan air mata....


bermaafan sesama guru...





eratkan persahabatan dan ukhwah...
tiada lagi sengketa lama....

bergurau-gurau juga...
bermaafan jangan lupa...
SELAMAT HARI RAYA...

Penutupan bulan Patriotik...

Satu majlis penutupan Bulan Patriotik diadakan secara sederhana di tapak perhimpunan pada 3hb Ogas 2010...

Sebahagian guru-guru yang turut serta di perhimpunan pagi tersebut.

Pelajar begitu asyik mendengar ucapan dari pengetua..

Acara penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan sempena bulan patriotik.

Sebahagian penerima hadiah yang menerima hadiah pada hari tersebut.




Hanya sebahagian gambar dapat disiarkan kerana kekangan masa untuk mendownload gambar-gambar. Pelajar-pelajar yang berminat untuk mendapatkan gambar, boleh berjumpa Pn. Roslaini....

Terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang menjayakan aktiviti Bulan Patriotik...
Semoga kerjasama begini berterusan dan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Monday, September 6, 2010

Salam perpisahan untuk Puan Norzaidah bt Daud..

Bulan Julai yang lalu.. Kita bukan saja kehilangan Penolong Kanan HEM kita yang berkeliber..malah kita juga kehilangan seorang guru yang berdedikasi.


Guru yang dimaksudkan ialah Puan Norzaidah bt Daud.. salah seorang guru Sains yang disegani.
( trade mark cikgu Zaidah... tahi lalat di atas dahi....)
Dengan itu, kelab guru telah menganjurkan satu Pot Luck...untuk meraikan perpisahan yang tidak diingini tapi diredhai...
Semoga Cikgu Zaidah gembira di tempat kerja yang baru di Terengganu.
Beliau berpindah kerana mengikut suami yang telah pun bertukar ke sana , hampir setahun dulu....



Sunday, September 5, 2010

Sambutan Bulan Patriotik.

Seperti tahun-tahun sebelumnya... Tahun ini, sekolah juga menyambut bulan patriotik secara rasmi di tapak perhimpunan.. Tetamu yang dijemput ialah
Encik Norazman, seorang ahli jemaah nazir yang juga bekas pelajar SMK Raja Chulan...
Antara isi ucapan dan ceramah beliau ialah...bagaimana untuk mengisi kemerdekaan ini, terutamanya bagi generasi muda dan belia khususnya para pelajar..
Beliau turut memberi contoh kejayaan beberapa rakyat Malaysia di mata dunia, seperti Dato Nicol David , pemain nombor satu dunia dalam bidang squash dan Dato Dr Syeikh Muzaffar, angsawan Malaysia yang pertama...
Sebagai bekas pelajar, beliau juga cukup teruja untuk menyampaikan ceramah dan ucapan beliau untuk pertama kalinya selepas meninggalkan sekolah.

Melafazkan ucapan keramat " MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA..."
Memukul gong merasmikan majlis yang begitu bermakna...
Cenderahati disampaikan sebagai tanda terima kasih.
Menandatangani buku pelawat.