Pages

Saturday, January 22, 2011

Pelajar Cemerlang PMR 2010.






































PK HEM dan PK KOKO yang baru....

Penolong Kanan HEM yang baru...Puan Ruhaida Nordin..


PK Kokurikulum yang baru...Cik Latizah bt Tan Kofli.

Friday, January 14, 2011

Majlis Perpisahan 3 Guru Yang Berjasa.

Salam perpisahan buat Encik Ahmad Zainuddin b. Ahmad Kamal, Penolong Kanan HEM(2010-2011) yang akan bertugas di SMK Wira Jaya Ipoh.


Pesanan dan nasihat terakhir dari Haji Ahmad Zainuddin.


Salam perpisahan juga buat Puan Hajah Banilawazi bt Mat Sarin, Penolong Kanan Kokurikulum(2006-2011) yang akan bertugas di SMK Seri Putera, Ipoh sebagai Penolong Kanan Petang.


Puan Hajah Banilawazi memberikan ucapan perpisahan....


Turut diraikan ialah Puan Hajah Farouwahida bt Haji Shafiei, yang merupakan Guru Matapelajaran Bahasa Melayu & Sastera(1997-2011) yang akan dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa di SMK Convent Ipoh.





Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti
Semoga ketiga-tiga guru ini akan gembira
bertugas di sekolah baru,
sama-sama kita berdoa yang terbaik dan
Selamat Maju Jaya untuk mereka...

Sunday, January 9, 2011

Seminggu telah berlalu ..MInggu I persekolahan.

Isnin..3 Januari 2011, Hari pertama persekolahan.
Hujan turun mencurah-curah di awal pagi, menyebabkan pihak sekolah terpaksa mengadakan perhimpunan di dewan Aspura... Walaupun agak sempit tetapi tujuan dan matlamat terlaksana.
Puan Hajah Saadiah bt. Alang Abdullah, menyampaikan amanat pertama, merupakan pesanan, harapan dan impian untuk melihat sekolah ke puncak jaya.
Hari yang pertama juga merupakan hari pertama, pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun 2010 naik ke tingkatan 4....Beberapa orang diumumkan sebagai pelajar cemerlang straight A. ( akan disediakan dalam satu blog khas..)

Tuan Haji Ahmad Zainuddin, memberi taklimat ringkas kepada pelajar tingkatan 4

Pelajar cemerlang 9 A

Perhimpunan pertama.. hari kedua persekolahan .

Puan pengetua menyampai beberapa amanat dan teguran.

guru-guru yang mantap...barisan tenaga pendidik SMKRC..

Puan Pengetua memperkenalkan guru baru.

Encik Zainal Abidin..menyampaikan ucap akhir ..kerana beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Vokasional dan Teknik di SMK. Ulu Kinta.

Mesyuarat pagi pengawas sekolah..

Tazkirah oleh Ustaz Nik Abdul Malek, pada Hari Jumaat, 7 hb Januari...salah satu program dakwah sekolah..

Pelajar mendengar tazkirah dengan kusyuk.

Suasana waktu pagi yang masih gelap tidak mengagalkan program yang dijalankan.

Friday, December 31, 2010

Mesyuarat guru yang pertama...

Puan Hajah Saadiah bt. Alang Abdullah..pengetua SMK Raja Chulan, Ipoh

30 hb disember 2010, merupakan mesyuarat guru yang pertama bagi sesi persekolahan akan datang.. Sepatutnya ia diadakan pada hari Jumaat bersamaan 31hb disember 2010. Tetapi kerana hari itu diisytiharkan sebagai hari cuti umum kerana kemenangan pasukan bolasepak Malaysia dalam kejuaraan AFF Sazuki.. jadi mesyuarat dibawa kedepan serentak dengan mesyuarat untuk Ko kurikulum dan Hal Ehwal Murid.
Puan Hajah Banilawazi, Penolong Kanan Ko Kurikulum
En Abd Aziz bin Sulaiman, PK Ko kurikulum tingkatan 6 , merangkap ketua guru disiplin yang baru menggantikan En Zainal yang dinaikkan pangkat menjadi GK Vokesional Teknik..

Sebahagian guru yang hadir ke Mesyuarat I guru-guru.
Guru-guru yang komited dan berdedikasi....antara lain faktor kejayaan sekolah......