Pages

Monday, September 6, 2010

Salam perpisahan untuk Puan Norzaidah bt Daud..

Bulan Julai yang lalu.. Kita bukan saja kehilangan Penolong Kanan HEM kita yang berkeliber..malah kita juga kehilangan seorang guru yang berdedikasi.


Guru yang dimaksudkan ialah Puan Norzaidah bt Daud.. salah seorang guru Sains yang disegani.
( trade mark cikgu Zaidah... tahi lalat di atas dahi....)
Dengan itu, kelab guru telah menganjurkan satu Pot Luck...untuk meraikan perpisahan yang tidak diingini tapi diredhai...
Semoga Cikgu Zaidah gembira di tempat kerja yang baru di Terengganu.
Beliau berpindah kerana mengikut suami yang telah pun bertukar ke sana , hampir setahun dulu....



Sunday, September 5, 2010

Sambutan Bulan Patriotik.

Seperti tahun-tahun sebelumnya... Tahun ini, sekolah juga menyambut bulan patriotik secara rasmi di tapak perhimpunan.. Tetamu yang dijemput ialah
Encik Norazman, seorang ahli jemaah nazir yang juga bekas pelajar SMK Raja Chulan...
Antara isi ucapan dan ceramah beliau ialah...bagaimana untuk mengisi kemerdekaan ini, terutamanya bagi generasi muda dan belia khususnya para pelajar..
Beliau turut memberi contoh kejayaan beberapa rakyat Malaysia di mata dunia, seperti Dato Nicol David , pemain nombor satu dunia dalam bidang squash dan Dato Dr Syeikh Muzaffar, angsawan Malaysia yang pertama...
Sebagai bekas pelajar, beliau juga cukup teruja untuk menyampaikan ceramah dan ucapan beliau untuk pertama kalinya selepas meninggalkan sekolah.

Melafazkan ucapan keramat " MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA..."
Memukul gong merasmikan majlis yang begitu bermakna...
Cenderahati disampaikan sebagai tanda terima kasih.
Menandatangani buku pelawat.

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Perpisahan Encik Samsuddin..

Sekolah kehilangan seorang guru yang begitu berkeliber....
Orang yang dimaksudkan ialah Encik Samsuddin bin Md Yusuf , yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK. Datuk Ahmad Taib,Chemor...
Oleh yang demikian, satu majlis diadakan untuk meraikan pemergiaan beliau ke tempat baru.
Pelajar-pelajar mendengar amanat akhir dari Encik Samsuddin.. Mantan PK HEM ..
Encik Samsuddin berkongsi pengalaman beliau dengan para guru dan pelajar...
Di kalangan guru beliau cukup senonim dengan teori..." Boil the Frog"
satu kaedah mendidik para pelajar yang cukup menarik...
Tuan Haji Ahmad Zainuddin... aka Cikgu Zak...
Penolong Kanan HEM yang baru.. memberi sepatah dua kata pengenalan diri..
Dan hadiah-hadiah pun diberikan sebagai tanda mata dari para pelajar...


Guru-guru juga tidak ketinggalan memberi cenderahati.

Semoga Encik Samsuddin gembira di tempat tugas baru.....
SEmoga berjaya dalam karier...

Monday, August 16, 2010

Selamat Datang En Ahmad Zainuddin..

Selamat datang diucapkan kepada Encik Ahmad Zainuddin b. Ahmad Kamal yang ditugaskan sebagai Guru Penolong Kanan HEM yang baru, menggantikan En Samsuddin b. Yusof yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Satu di SMK. Dato Ahmad Taib Chemor...
Encik Ahmad Zainuddin adalah bekas guru di SMK Raja Chulan, sekitar tahun awal tahun 2000.
Semoga beliau gembira bertugas di sini...
Selamat Maju Jaya untuk beliau......

Saturday, August 14, 2010

Peperiksaan Percubaan PMR 2010

Pada 3hb Julai 2010.. Bermulanya Peperiksaan Percubaan PMR bagi tahun 2010. yang diadakan serentak peringkat negeri Perak. Puan Zainab Nordin selaku penolong setiausaha peperiksaan awam PMR sedang memberi taklimat dan arahan kepada calun-calun PMR.

Semoga semua calun yang menduduki peperiksaan PMR dapat menjawab dengan cemerlang....
SEMOGA MAJU JAYA..